<$BlogRSDUrl$>

Tuesday, February 28, 2006

Antara Misteri dan Konflik Dalaman...

Dalam seminggu dua nie...ada beberapa perkara dibincangkan di maktab aku..

1) Kes Misteri / X Files / Supernatural...

Ada beberapa citer panas..yang menyebabkan aku kekadang takut nak tidur sorang2 malam...

a) Ada perkampungan bunian di belakang asrama..

b) ada kubur di belakang asrama..

c) ada orang nampak cahaya putih berkeliaran di dorm and masuk ke sebuah bilik..

d) Ada yang diusik dengan ditekan perutnya..

e) Kononnya ada satu blok yang orang bunuh diri...

Tak aman aku duduk sekarang tau...memang kena kuatkan semangat and kena selalu berjamaah kat surau semua nie....

2) Konflik dalaman...

Aku rasa yang ni semua tempat ada....

ada yang tak puas hati ngan kekawan nie, ada yang tak puas hati dengan ketua, ada yang tak puas hati dengan tajuk lalu curi tajuk orang lain, etc...

sama je semua manusia...organisasi...mana-mana pun sama...

Ok..that's all...wassalam...

Tuesday, February 21, 2006

Beberapa pandangan kepada yang nak masuk jadi cikgu..

Assalamualaikum semua.

Takda update..

Biasa ja...macam posting aku sebelum nie la..sibuk dengan tugasan, assignment, etc..

For me, yang tak pernah ada experience mengajar nie....sesapa yang nak jump ke bidang perguruan sebelum ni jadi bidang lain..

1) Anda akan dapati, pengalaman anda dalam bidang anda yang bertahun-tahun kemungkinan tidak akan dihargai oleh warga di sini kerana mungkin kepakaran & pengetahuan anda tidak digunakan di sini.....so, kira anda start fresh lah.....sama saja kalau anda baru grad or dah lama keje...kat sini akan setaraf....

2) Anda akan dapati, segala perkara yang anda lari / escape dari buat di sekolah..spt
-Sukan
-beruniform
-menyanyi (sek rendah)
-kemahiran mata pelajaran masing2
-English
-Presentation skills!!

anda akan temui dan wajib dipraktiskan / dipelajari di sini.....percaya la...kan nak kena jadi guru cemerlang..

so, bagi yang dah ada skills, ok la....bagi orang yang keje dia lepak je rumah and bila bekerja, balik tidur cam aku...memang agak difficult kerana akan ketinggalan berbanding mereka yang baru grad tetapi mempunyai ciri-ciri yang aku sebutkan di atas..

Suffer....suffer....


Ok..that's all...dah banyak nie...nanti aku sambung..wassalam

Saturday, February 11, 2006

Kisah-kisah Menarik di Maktab....;)

Hehehhe..ambik masa kejap, tulis blog nie..
sebenarnya nak cari info asignment..biasa la.dah biasa hidup ngan internet nie..
tak dapat lari lak..asik teringat je blog nie...;)

Life kat maktab? Mencabar...kenapa? Nanti aku ulas, secara ringkas..

1) Kita dilatih untuk menjadi guru = Ikutan = Contoh...so, kena tau semua..
eg.
dari segi ilmu yang nak mengajar kerana murid anggap kita tau semua,
ilmu menarik perhatian murid kerana kalau mengajar mendatar, murid boring,
ilmu sukan kerana mungkin sepastinya dilantik menjaga aktiviti sukan,
ilmu persatuan kerana mungkin sepastinya dilantik jaga persatuan,
etc...

Payah kan...hampir sebulan nie...dah banyak kali buat presentation kat depan kelas..biasala, praktis..

Aku taknak ulas lagi..nak kena buat keje la..nanti bini aku marah aku melalut tak buat keje..;) (lov u)....tapi beberapa kisah orang dalam maktab..;)

Kisah 1
-------
Aku sembang ngan member2 sini, ada yang keje kilang, ada yang takda keje, ada yang dah mengajar sekolah, kolej swasta, ada yang keje gomen, ada yang keje swasta gaji tinggi...macam-macam...

Kisah 2
-----
Aku sembang ngan member yang pernah keje kilang...dia kata, member2 kilang dia.....kalau nak cari BINI....cari 2 KUMPULAN je.....
i)GURU/CIKGU
ii) MISI / NURSE......

ekekekekeek..biasa la...demo swasta...kena la cari bini gomen....;)

Kisah 3
-----
Dulu, seorang anak muda yang bekerjaya, ditawarkan jodoh oleh makciknya, dengan seorang guru...dia taknak kerana guru tak menarik katanya....

Kemudian kawin ngan engineer .....pastu, cari makcik dia...

Bini yang engineer nak mintak cikgu..pasal tak tahan keje engineer....

Kisah 4
----
Masuk KPLI nie...ada yang bujang, ada yang dah kawin..

Kepada yang dah kawin, selamat dan tak payah pening-pening kepala (cam aku)..kenapa?

Kerana yang bujang2 dah set mind..senang sket cari pasangan cikgu..so, yang bujang2 kat sini bolah la cari jodoh antara sesama sendiri....mak bapak pun suka anak depa kawin cikgu kan..;)

Aku?? wahh....rinduu bini aku...

Nanti sambung lagi...

bye..wassalam..