<$BlogRSDUrl$>

Monday, April 26, 2004

A little ulasan about AIM (Anugerah Industri Muzik), 24 Apr 2004, NTV7.

Aku nak beri komen, related ngan AIM..secara langsung or tak langsung..

1)Pengacara...bagi aku, pengacara tahun ni ok je..lebih kurang tahun lepas gak..cuma tak banyak pedasnya..aku suka yang mula2 si Aflin mengacara tu..tu best.

2) Perasan tak korang...nowadays..stesen TV free secara tak sengaja mempromosikan stesen TV yang lain...

-AIM , Si Harith promosi William Hung (American Idol) di NTV7, padahal American Idol di 8TV.
-AIM, Harith lagi...buat budak bodoh-bodoh..cam dia buat kat Ah-Ha, TV3.
-Contoh asing , Channel 9 : Entertaiment Tonite Promosi Survivor...padahal Survivor di NTV7..


3)Lebih kurang inter promosi stesen tv gak...pasal Dang Suria Zainuddin yang dah masuk NTV7, yang menjadi pengacara semasa lintas langsung di PWTC sepanjang Sabtu lalu..

Aku rasa aku tak layak komen..cuma baju dia seksi la..(semasa lintas langsung tu)....bukan apa...terbayangkan wajah suami dia di TV3 iaitu Abu Bakar Atan (pengulas sukan)..muka Abu Bakar Atan tu baik, lemah-lembut...so, tak terbayang aku si isteri dia, seksi...tak sesuai bagi aku la..

4) Korang perasan tak bila Too Phat naik pentas..kaki salah sorang depa dilipat ke atas..entah memang fesyen mereka, or dia lupa nak turunkan lepas gi toilet..kakkakakk
Selekeh kan depa...maybe kerana mereka rasa Raihan yang akan menang....

5)Intro Ella masuk nyanyi Ulik Mayang tu....aku ingatkan Nuraniza Idris....kekkekke..lagi power persembahan Ella (for Irama malaysia ni) dari Nuraniza....


Itu je kot..aaa...terlalu panjang..bosan....semasa 3 kumpulan rock nyanyi tu, aku pun tukar channel lain,...layan Hindi di Ch9 and cerekarama di TV3 (best)...

tapi sempat tgk Album Terbaik Siti......Tahniah Siti and lain-lain.....

Last, nak komen pasal siti lagi..aaa..aku setuju, tak ramai artis pompuan malaysia macam siti...baik, sopan santun, suara power, below 30thn, cun.....cuba listkan kalau tak puas hati?

Ning Baizura - power....tapi ingatkan kisah 5 orang fantasinya tu??
Misha - baru nak naik...
Siti Sarah - tak cun sangat...

Baikkah dia?..Kita yang hanya bergantung kepada Media tempatan nie..baca je la apa yang dipersembahkan kepada kita..baik depa tulis..kita nampak yang baik la.;-)...jahat depa tulis, nampak la yang jahat..

Itu pentingnya menjaga adap masa jumpa orang (depan orang)..
kalau buat jahat belakang orang (sembunyi2), itu kita jawab ngan Allah le..

Tuesday, April 20, 2004

For things to change, the person must change first
"For things to change, the person must change first"...teringat kata motivasi Dr Shukri Abdullah...

Lebih kurang maksud yang sama..
"If you want to change a person, but the person don't want to change himself/herself, he/she won't change."


but, i'm the one who blew it down....me..myself...the not so carefully/thoroughly action (though i told others to be ready/becareful) , cause me what i stated above, i under estimate my doings...the result -> i will give myself kick in the ass, instead of great reward...then at that time...i will feel very down motivated, cause what i did in this 2 days...

the day that started my downfall...................................got to buck up fast..if not..i'm toasted..then...bye-bye..............................

the fallen good guy...

Ya Allah Ya Tuhanku...
hambamu ini banyak membuat dosa kepadamu..
hambamu ini banyak lupa kepada mu..
hambamu ini lalai kepada perintahmu..
hambamu ini teruk..
hambamu ini lemah...lemah selemah-lemahnya...

Ya Allah...ampunila hambamu ini..
tunjukkan la jalan kepada ku..
berikanla petunjuk kepada ku..
agar dapat aku melihat hala tujuku..
agar dapat aku bebas dari belenggu masalah disekelilingku..
agar dapat aku bertenang dalam hidup yang penuh dengan ranjau ini..
agar dapat aku nampak cahaya dalam kegelapan ini..

Aminnnnnnnn..Ya Rob bal A' la minnnn...


Fwd dari seorang kawan...berita/kisah/xfiles..

Aku mintak maaf..kalau artikel kat bawah ni menyinggung perasaan kawan-kawan....just nak paste kat sini, X-Files Election baru-baru nie..ni rasanya kawan aku forward dari akhbar mana entah....just bahan bacaan..nak percaya ke tidak...terpulangla..;)..macam cerita xfiles gak...percaya kah kawan-kawan ngan UFO sighting di Malaysia?...

***********************************************

Di bawah ini sebahagian pelbagai aduan kecelaruan pilihan raya umum lalu yang diterima oleh badan bertindak tersebut.

Orang lain mengundi bagi mereka yang telah mati

Ada terdapat pengundi di bawah umur 21 tahun dibenarkan untuk mengundi. Demikian juga begitu ramai nama pengundi yang hilang daripada daftar pemilih walaupun sebahagian daripadanya telah mengundi di tempat yang sama sejak lama dulu dan tidak pernah memohon untuk dipindahkan namanya ke kawasan mengundi yang lain.

Terdapat orang yang telah meninggal tetapi namanya masih ada dalam senarai pemilih dan lebih aneh lagi ada orang lain pula yang mengundi untuknya.

Seorang rakyat Malaysia yang menetap di luar negara beberapa tahun dan tidak pernah mendaftar sebagai pengundi dan tidak pernah mengundi tiba-tiba namanya terdapat dalam daftar pemilih sebagai pengundi di Jalan Gurney.

Pengundi wanita tetapi didaftarkan nama lelaki

Ramai orang dikatakan telah mendaftar sebagai pemilih di alamat tertentu, tetapi apabila disiasat didapati mereka ini tidak tinggal di kawasan tersebut, sementara tuan punya rumah yang tinggal di situ sejak lama tidak pernah mendengar nama pengundi ini.

Ada beberapa pengundi memiliki kad pengenalan yang sama didapati ada nama mereka didaftar pemilih di kawasan yang berbeza.

Terdapat pengundi telah mengundi dengan menggunakan kad pengenalan orang lain dan di dalam beberapa kes ada pengundi wanita didaftarkan atas nama lelaki dan sebaliknya.

Dua daftar pemilih diguna, ramai tidak dapat mengundi

SPR menggunakan dua daftar pemilih yang berbeza. Ini menyebabkan kecelaruan menyebabkan ramai yang tidak dapat mengundi kerana nama mereka tiada dalam senarai daftar pemilih.

Di Selangor, penambahan waktu mengundi dari jam 5.00 petang hinga 7.00 malam menyebabkan kecelaruan yang teruk dan melanggar Peraturan Pilihan Raya Seksyen 15 (2). Suruhanjaya Pilihan Raya gagal mematuhi tempoh mengundi yang telah diwartakan selepas pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Penambahan masa ini telah dibuat selepas jam 5.00 petang (selepas waktu tutup yang diwartakan). Tiada sebarang notis perlanjutan ini ditunjukkan.

Buku daftar pemilih diterima tidak lengkap

Penambahan masa mengundi di Selangor menyebabkan suasana kelam-kabut. Ada pegawai yang mematuhi pengumuman mendadak penambahan masa ini, ada yang keberatan.

Di sesetengah tempat mengundi, pengiraan undi sudah bermula sebelum arahan pelanjutan masa diterima. Beberapa bantahan telah dibuat kepada pihak pengurus pilihan raya.

Sementara itu, calon N.43, Sementa, Selangor, Abdul Rahman Ibrahim melaporkan bahawa daftar senarai pemilih yang diberikan kepada pihaknya telah diterima pada saat akhir dan tidak lengkap pula, beberapa helai telah hilang dan ramai tidak dapat mengundi.

Orang mati tetapi masih mengundi

Kecelaruan dalam daftar pemilih berlaku di banyak tempat, khususnya di Hulu Klang, Gombak. Dalam daftar pemilih SPR itu terdapat nama-nama orang yang telah mati dan ada yang menggunakan alamat si mati yang tidak ada hubungan dengan mereka.

Contohnya, di Kawasan Mengundi Klang Gate, 098/18/02 terdapat nama lima pengundi nama Cina dan seorang Melayu semuanya beralamat di rumah ibu Mohamad Azmin Ali, bekas Adun Hulu Klang. Nama mereka ialah Tan Teck Fong, Lim Hock Seng, Tan Teck Hock, Song Poo Wan, Chong Chee Peng dan Amirudin bin Harun. Semua mereka, kecuali Lim Hock Seng, tidak mengundi dalam pilihan raya umum lalu.

Bapa Azmin pula, Ali bin Omar meninggal dunia lima tahun lalu, tetapi hingga kini namanya masih ada dalam daftar pemilih Nombor Daftar 44.

Pengundi Nombor Daftar 146, namanya Zahara binti Ahmad juga telah meninggal dunia. Tetapi, menurut rekod, dia juga telah mengundi dalam pilihan raya 21 Mac lalu.

Di Perlis, Ramlee bin Ahmad telah membuat laporan polis di Simpang Empat di mana dia mengadu bahawa Shuib bin Taib yang meninggal dunia 26 Januari 1976 tetapi masih ada namanya sebagai pengundi, malah menurut rekod orang ini telah mengundi dalam pilihan raya lalu dengan serial nombor 13 di barisan 1, Sekolah Kebangsaan Kampung Serdang.

142 orang gunakan alamat kedai runcit

Calon BA di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, Dr Sanusi Osman melaporkan bahawa 13 pengundi berlainan kaum dan jantina berkongsi alamat No 12 Batu 6 1/2 , Jalan Puchong, Kampong Bohol, Lembah Pantai.

Keadaan meragukan juga melibatkan 26 pengundi beralamat beberapa tempat di Bangsar.

Di Kampung Klang Gate yang dibina pada tahun 60-an dan merupakan perkampungan Melayu tradisi, tidak terdapat kondominium, flet dan bangunan tinggi lain tetapi lima pengundi didapati menggunakan alamat bangunan tinggi di situ.

Kebanyakan pengundi ini telah mengundi pada pilihan raya lalu.

Kajian oleh Malaysian for Free and Fair Elektion (Mafrel) mendapati 142 pengundi menggunakan alamat yang sama di Kampung Kerinchi, Lembah Pantai.

Tempat ini sebenarnya ialah sebuah bangunan kayu beratap zink di mana barang keperluan harian dijual (kedai runcit). Tuan punyai kedai itu menafikan 142 orang menggunakan alamat tersebut.

Orang biasa didaftar dalam senarai undi polis

Calon KeADILan di Kuantan, Fuziah Salleh telah membuat aduan bahawa di kawasan Parlimen Kuantan, 5,179 memberikan alamat tempatan dan tidak ada nombor rumah.

Sebahagiannya ada alamat rumah tetapi tidak ada alamat jalan.

Di Kuantan juga, ramai yang telah meninggal tetapi nama mereka masih ada dalam daftar pemilih. Di kawasan ini begitu ramai pengundi memakai alamat yang sama. Dalam satu kes, umpamanya 29 mendakwa tinggal di rumah yang sama.

Ada juga terdapat di mana orang biasa tetapi didaftarkan sebagai pengundi pos.

Misalnya, Hatijah binti Abu Bakar pengundi yang tinggal di Kondominium Teratai Merah, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur didaftarkan sebagai pengundi pos di Bota, kawasan Parlimen Parit, Perak.

Daftar pemilih lengkap diberi kepada BN

Aduan juga diterima bahawa daftar pemilih yang diberikan kepada pembangkang di mana alamat pengundi tidak lengkap. Ini sangat menyukarkan pembangkang untuk mencari pengundi tersebut.

Bagaimanapun, daftar pemilih lengkap yang diberikan kepada BN turut disertakan alamat pemilih. Buktinya pihak Pengerusi BN, Abdullah Ahmad Badawi mampu menghantar surat kempen peribadi melalui perkhidmatan Pos Malaysia beberapa hari sebelum pilihan raya tersebut.

Sementara itu aduan juga diterima di mana pegawai pilihan raya merekodkan siri nombor di kertas undi pengundi dan mengumumkan dengan kuat di dalam dewan tempat mengundi.

Ini menimbulkan kebimbangan pengundi bahawa undi mereka tidak lagi rahsia bahawa mereka dipantau. Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jasin, Melaka. – lanh

Thursday, April 15, 2004

Post Explorace First Season, Grand Final comments..

First of course, Congratulation to Our First Winner Of Explorace, Fariz & Rina...Tahniah banyak-banyak atas kemenangan Gemilang anda suami isteri...memang puas hati menang pasal ketiga2 pasukan memang handal and competition (as i wrote earliar) very tough, and you both won it, fair and square..

Ok..i guessed everyone watched last night game, because it was the grand final Explorace Season 1, and heavily promoted in TV3 past few days. So, just a quick commentary.

In the Grand Final race, we have 3 teams that compete in the first final in Australia, with Fariz and Rina got the 1/2 hours advantage compared to the other teams.

They have 5 tasks(i thought) to be completed, with every task loacation were far from each other and the teams clear to choose which one they will start first, in any sequence.

Then, the race was on. 2-3 tasks, Fariz&Rina were competing with Jeevs&Ravin, while Maria&Jerry went to eat Sate Kajang..nyamm.nyaammmm..sedapppppppnyeeerrrr.......:D

At the end, with miscalculation stategies, Jeevs and Ravin was disqualified from the race (before the disqualification, they are the real challenger team to Fariz and Rina, but they out). So, left, the other 2 teams.

But, as we all know, After Jeevs and Ravin out, The Best team around is still Fariz&Rina, and i guess everybody know, that Jerry&Maria cannot compete with both of them..so, at last, Fariz&Rina are the Winner....!!!!!!....Tahniah again..(with RM100,000 richer)..

Some Comments/ Thoughts...

1)First, refer to my last review, of course, i wrong about the winning team. But, we all know, Jeevs&Ravin and Fariz&Rina are the team that nampak terrer...Maria&Jerry....hehehe..sorry, you're out awal-awal lagi. So, after Jeevs&Ravin kalah, We already know who will win, right?

2)Do everybody like me, thinks the race yesterday was great and exciting to the end?..Wah, very tiring (
-naik jambatan gantung,
-kayuh basikal 2 seat,
-naik basikal tua,
-belajar masak sate,
-belajar anyam bumbung,
-kukur nyok,
-perah santan,
-mini bungee jumping
-Kayak
-Ambik Kotak dalam Kotak Ular
(apa lagi ye, dah lupa la..)
Best wooo.....seperti kata kawan-kawan lain (dalam blog rina/fariz), husband dia sorak sampai habis cam tengok bola sepak....kekekeke..best wooo....

3)Sebut pasal basikal tua, kekeke...cian Jerry kan..tak pernah bawak basikal tua...kakakakka..nampak sangat orang bandar...

4)Ambik Kotak dalam Kotak Ular..
I confess, i am afraid of snake..so, if i the one who will take the box, i will ask my wife to take it for me..kakakkakaka...takut maa...

5)But, after seeing Fariz & Maria took the Box from the snake pit, does anybody got impression, like me, that the snake might be sleeping?? Or put to sleep (kena cucuk dek dadah)....pasal takda gerak-gerak pung....kekekekke..

6)But, suprise right, seeing Maria tarik kotak tu cepat betul, cam takda apa dalam kotak tu, berbanding fariz yang ambik slow-slow....respect Maria..respect..

7)About Maria & Jerry..if you remember, i did wrote the other day that, one of the disadvantage of this team, is that Jerry somehow always loose his temper..sedih kan dia marah Maria masa tolak basikal kat Taman Cahaya tu kan.....

8)Thinking about the pakcik yang tunggu dalam Bukit Cahaya, yang anggota keselamatan kat Putrajaya, macik kat perah nyok (kelapa tu)...kena tunggu dari pagi sampai malam....cian betul mereka...entah mereka boleh balik rumah,mandi, solat, masak dulu sementara tunggu peserta datang ke tak...kekkeke...(yang penting masuk TV..:D )

9)Bagus kan Fariz&Rina menang..pasal
-1st Explorace Winner (always akan masuk dalam sejarah, kalau Explorace akan ada season 2,3,4...)

-1st Married Couple Winner (Bagus nie, pasal menggalakan yang Suami Isteri BOLEH bekerjasama and menang, mengalahkan bujang-bujang (lelaki mahupun perempuan)).

10)Pasal 1st Race winner kan (kalau Survivor,Richard Hatch)...semalam Fariz&Rina ada share depa punya tips untuk menang..and we all watch right, from the first round race, second round and the finals, how they won...cool, tenang, macho(?), sopan-santun (as in my first review lagi)..

So, as in Survivor, mesti ramai Team yang akan compete dalam Explorace Season 2,3,4,5......
will follow what stategies that Winner(Fariz&Rina) used to win...so, maybe we can expect the next race..teams will be cool, tenang...as Fariz&Rina are..kekekee..

11)As in Tiru (ambik iktibar and stategi)...kan Si Jeevs dah fikirkan kan....mesti nyerr team Season akan datang akan kata..
"Ooo...jgn silap taktik cam Team Jeevs and Ravin yang kalah tu"....kakkakakak...biasa la tu...

Akan ada tak, review yang akan tulis pasal Kenapa Team (?) kalah...macam survivor gak..kenapa contestant (eg. Jerry,Colby,Hatch) voted out..in the game...

12) Kat FRIM..terkejut tak Pegawai yang nak bagi sampul surat kat Fariz&Rina, pasal Rina minta maaf pasal Kotor kasut depa, masuk dalam opis....pastu pakcik pegawai tu kata takpa..(kekekeke.mentang-mentang makcik pencuci yang akan basuh lantai tu, bukan dia)....

13)Terkejut tak kekawan..pasal bila time giliran Jeevs and Ravin, Depa tak mau masuk dalam (pasal ada tanda, Sila Buka Kasut Sebelum Masuk)....so, kena la Pakcik Pegawai tu keluar ke pintu...

14)Tak terkejut kan kekawan, pasal lepas tu, masa Maria&Jerry sampai, si Pakcik Pegawai tu dah tunggu kat Pintu, pasal dia dah faham..tunggu kat pintu paling ok, pasal kalau tunggu kat dalam opis, mesti contestans masuk and kotorkan lantai opis yang sepatutnya berkaki ayam tu...kekkekeke...

15)Kan best kan kalau TV3 buat perkara-perkara yang aku cadangkan before this...contohnya..

-Paling penting, Website..kenapa LAMBAT UPDATE....aku masuk tadi dalam Explorace site, baru
update pasal australia nyer..and the news infront still yang lama.....sad kan...no site to refer to...(maybe except for the forum section, that i not join in yet)

-The promo of next episod..MUST BE AFTER the Race of an episod finished, not, 2-3 days before the next race begin, as in now......

-The team that loose/win, should be in MHI (Malaysia Hari Ini) the next morning...(Race,Wednesday night, thursday morning in MHI).why?
*To show that TV3 is serious in promoting the Explorace series.

*To promote that Explorace or any other games/contests, will be seen by others...in the sense....if most of the people that see explorace, for sure they will watch it again...
but, if TV3 want to attact people who not yet watch Explorace, so, by promoting in the MHI (other people who just have time to watch MHI only) will also want to know about Explorace =>added of viewers.

-There should be a several (or one) fan site for Xplorace to see
*the teams,
*the details about the teams,
*The race,
*Where they are now,
*A little bit of spoilers,
*Surveniers to buy,
*Detail of Each Race (not just a summary race chart)
*Comment from each/several team about their performance..
*etc.....
(though that FANs not TV3 create this FAN website, (not me..kekkee)..but, maybe they can do that in the Official Explorace Website, or hire anybody to do it..)

That's all..rasanya for this season 1, ni yang last review..tu yang makan masa panjang sket nie...bye..

Monday, April 12, 2004

In Malaysia..right now..there are a few Reality Games that attact me..

1) Average Joe (TV8, Tuesday) : Melana with average men like me..:-) kekekeke..
2) Explorace (TV3, Wednesday) : Local production, the grand final this wed.
3) The Bachelor (Ch9, Thursday) : A charming bacholer with 25 beautiful girls...
4) Survivor (NTV7, Friday) : The grand mother of reality show...

Sometimes:
5)Fear Factor (NTV7, Thursday) : Grosss..the part2, eating worms, etc..eeeeee...
6)American Idol (TV8, Friday) : The best part is the early audition...Willam Hung...hehhehe...she bangs..

That's all...bye.

Explorace Final, Part 1 (tv3, 7 Apr 2004), Quest for RM100,000...

Finally, the first leg of the final of Explorace was finally on TV3 last wednesday..pheww..what that 1st leg very fun to watch or what?...

In brief, we have 3 winning team from previous semi finals, consist of

"6 colourful contestants -
-SENTIMENTAL Jerry (33) & DETERMINED Maria (37),
-FUNNY Sanjeev (27) & OUTSPOKEN Ravin (29),
-COOL Fariz (26) & SMILEY, CUTE, HYPER Rina (26)"
Quote from Rina&Fariz

The race was in Australia...wah...very lucky lah these guys and girls..melancong (consider as one of TV's pelancongan series) plus exercise maaa....free lak tu....kekekkeke...

They were given several task, as usual..then, cut it short, at last,
Team Fariz&Rina got 1/2 hours early,
then, Jeevs and Ravin,
then Jerry and Maria (or terbalik, dah lupa la)...

This week, Grand Final Explorace (heavily promotion by TV3, compare to previous races that just a small promotion only (IMHO)) will be aired in Wednesday (14 Apr 2004)..For those cannot watch this cause working or overseas..u can watch TV3 online by entering AkiraNagasaki website..

Questions/Comments..

1)Wah, according to Rina, they race 10 hours non stop maaa....wahh..very penat tu..if me, then, i will be flat tyre, like Jerry....kekkeke..

2)Jerry..cian kan...cramp kaki la pulak....itu la..bersungguh-sungguh sangat, sampai lupa nak warm-up..;)

3)Maaf if komen seterusnya tersalah..maklumla..saya ni katak bawah tempurung sket...yang part eating famous ice-cream at Simmos tu, is that Halal?...sorry again to ask...tak pernah ke luar negeri..so, agak jakun sket...

4)Fuyooo..kena tangkap ketam ikut spesifikasi yang ditentukan...tak pernah aku tengok..kalau kat sini buat cam tu gak..jenuh la aku nak beli ikan, ketam kat pasar, kena ukur standard dulu, kalau tak ikut standard, taknak beli....kekekekkee...iye la..dah betul bendul kan..;)

5) Best kan kat Caversham Wildlife Park...Depa kena
-Tunggang Unta tak pakai alat...kekekkke..lawak betul kan..
-teka berat wombat (cute kan wombat tu..)
-kutip tahi koala..kekekkek..cian kena dera...
-cium lizard - kekekke...Jeevs terrer, siap cop nak tangkap gambar..kena la si Ravin cium..kekkek
-Bagi makan kangaroo...haaa..ini best...aku pun tak pernah tgk kangaroo dalam real life..terasa nak duduk dalam pouch dia..kekkekek...

6)Bagus kan TV3 buat rule yang selalu aku nyatakan...
"Bagi mereka bawak kereta sendiri...sesat, baru best.."
Anyway, walaupun tak bawak kereta sendiri (ada driver), but, nasib baik driver tu ikut arahan racers...maksudnya still racers kena arahkan driver ke mana....kekkeke..tu yang ada sesat tu....tu yang best..:D....

7)Anyway...best kan Tarian Orang Asli cam tarian Kangaroo tu...Rina, memang kelakar...Ravin, macam nak taknak je..kekekek...malu gak wei kalau buat perkara sama kat Zoo Negara..depan orang kita sendiri..kekekke...

8) Kan best kan..persaingan sihat antara contestant...kejap Fariz&Rina leading, kejap Jeevs and Ravin, kejap si Jerry and Maria....baru exiting...:D

9)As in my previous posting about suggestions to TV3...the last one is still annoying...because there no update about the race in the Explorace Website...disappointed..

Lastly, tak sabar-sabar nak tengok Grand Final Rabu nie...as my prediction...as discussed in MDC, mine is Jeevs and Ravin to win the game...

Bye..

ps..behind-the-scene pics of the race..from Rina&Fariz blog

Wednesday, April 07, 2004

Cadangan Untuk Explorace Tv3 for year 2...
Oleh kerna Xplorace sepatutnya habis malam ini, final (sepatutnya)..so, aku nak cadangkan kat sini 5 cadangan kepada penerbit Xplorace untuk tahun 2 Xplorace....aku dah hantar kat surat pembaca kat www.tv3.com.my..entah la depa layan ka tak aku nyer cadangan...

Last, aku harap Xplorace 2..kalau ada, akan buat perkara nie..

1)Pemenang setiap episod akan ditemuramah sekejap oleh MHI pada besok paginya..baru tarik minat orang yang tak pernah tgk Xplorace nie..

2)Setiap habis satu Episod, terus tayang promo untuk minggu depan...ni tak..kena tunggu isnin, baru ada promo untuk hari Rabunya..macam nak promote??

3)Ambik pesonality yang suka bergaduh2 sket..cam Ayaz&Ahsan, Sanjeev..baru rancak sket games..pesonality yang cool tapi terrer - Fariz&Rina..
Pesonality yang manja tapi rapuh - Yang cam linda onn tu..;-)..siap ngangis lagi...aku dah lupa namanya la...

4)Bagi mereka bawak sendiri kereta..baru sesat - Baru BEST!!..

5)Adakan Fan Based Website for Xplorace seperti Survivor (eg. survivornews.net, survivorfever.net) yang akan papar cerita terkini Xplorace, gosip Xplorace, Biodata mereka, perkembangan terkini setiap peserta, spoilers, ulasan Xplorace , dll......
Nak harapkan laman web rasmi Xplorace (http://explorace.netmyne.com/), hampeh....lambat nak update..nak tau apa malam besok pun takda update pungg..

That's all..wassalam.....

Monday, April 05, 2004

Beberapa petikan kuliah Utz Dr Jamnul Azhar yang aku kutip dari net..

From: "Haslinda Mohd Yunus"
Date: Fri Nov 8, 2002 1:34 am
Subject: FW: Fw: Tazkirah sikit.....
To: "Annas Farid Kamaludin (2)"



> >> > Intipati syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar.
> >> >
> >> > Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan
> >> > sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam
diri-diri
> >> > kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak
> >> > tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.
> >> >
> >> > Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam
Bahasa
> >> > Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99
iaitu
> >> > bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya
secara
> >> > ringkas:-
> >> >
> >> > 1.Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah
> >> > s.a..w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya
> >>dan
> >> > kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil
sedikit
> >> > garam menggunakan jari kecilnya (yg last tu), lalu Rasullah saw akan
> >> > menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan
> >>lauknya.
> >> > Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam
> >>enzim,
> >> > tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini
> >> > adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang
> >>dapat
> >> > menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first
> >>process
> >> > of digestion.
> >> >
> >> > Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari
tanah
> >>yg
> >> > diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu
adalah
> >> > sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka
> >>lumrahnya
> >> > bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk
> >>kita.
> >> >
> >> > Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga
> >> > adalahpenawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, di
> >> > hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah
> >>dengan
> >> > memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang
> >>sihir
> >> > dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
> >> >
> >> > 2.Cara Rasulullah mengunyah Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40
kali
> >> > untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita
senang
> >> > memproseskan makanan itu.
> >> >
> >> > 3.Membaca Basmalah(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah
> >>sebelum
> >> > makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada
> >>membuat
> >> > perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria
dan
> >> > racun akan musnah dari sumber makanan itu.
> >> >
> >> > Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun ia
makruh
> >> > tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum
dari
> >> > bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila
> >>kita
> >> > minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam
> >> > proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas
dari
> >> > hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2
> >>iaitu
> >> > carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi
> >>H2CO3,
> >> > iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan
> >> > meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk
> >>bernafas,
> >> > seteguk bernafas sehingga habis.
> >> >
> >> > Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang
> >> > berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang
> >>berzina?
> >> > Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik
yg
> >> > dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang
> >> > belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum
> >> > berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala
> >>lelaki
> >> > yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini
sehari,
> >> > kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana
> >> > perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin
> >> > didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah
> >>kerana
> >> > apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan
itu
> >> > akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan
> >> > virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi
> >>melawan
> >> > virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun
disebat
> >> > 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi
> >>dengan
> >> > itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan
> >>virus
> >> > HIV itu.
> >> >
> >> > Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul
> >> > Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit
> >> > informasi yang diberikan oleh Mudarisana, Mudaris Iskandar mengenai
> >> > Ka'bah. Mengapa ia terletak di Mekah al- Mukarramah dan mengapa ia
> >>empat
> >> > persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah
> >>dibuat
> >> > kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati,
tempat
> >> > terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.
> >> >
> >> > Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang
> >>bergerak
> >> > maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid,
dimana
> >>ia
> >> > diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah
> >>ia
> >> > memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi
> >> > melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i,
> >> > melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
> >> >
> >> > Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan
Kathiran
> >> > TOLONG SEBARKAN DAN JADIKAN AMALAN BERGUNA....BAGUS NI...
> >> >

HUDUD Vs AIDS (HIKMAH HUKUMAN HUDUD KE ATAS PENZINA)

Rujukan: Al-Quran dan Sains, siri pertama. M/S: 33-37
Pengarang: Dr. Jamnul Azhar bin Mulkan.



Terjemahan petikan firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 2:



“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat, masing-masing 100 kali sebat dan janganlah kamu merasa kasihan belas terhadap keduan dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman dengan Allah dan hari kemudian.”

Apabila Allah menjadikan manusia, Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke dalam lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.

Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukum dengan hukum hudud antaranya
adalah hukum bagi mereka yang melakukan perzinaan. Apabila sabit kesalahan,
terdapat 2 jenis hukuman bagi 2 kategori manusia yang melakukan kesalahan
itu:
1. Sebat 100 kali untuk pesalah yang belum berkahwin.

2. Rejam sampai mati untuk pesalah yang sudah berkahwin.

HIKMAH DI SEBALIK PELAKSANAAN HUDUD INI:

Di dalam badan manusia, terdapat satu sistem pertahanan badan yang dipanggil sistem Imuniti.Sel yang paling berperanan dalam menghasilkan sistem pertahanan badan ialah sel darah putih. Sama ada B Limfosit yang berkaitan dengan Imuniti Humoral atau T Limfosit yang berperanan menghasilkan Imuniti pembaikan sel (Cell-Mediated Immune System).

Apabila virus AIDS menyerang manusia, sistem pertahanan badan T4 Limfosit akan dimusnahkan dengan cara virus itu melekatkan dirinya di permukaan T4 Limfosit bagi menggagalkan fungsi T4 Limfosit sehingga manusia mengalami kelumpuhan sistem pertahanan badan AIDS (Acquired Immunologic Dificiency Syndrome).

Bagi pesalah yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibodi T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang pesalah itu dihinggapi HIVselepas perzinaannya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV @ AIDS yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati sel-sel sum-sum tulangnya tidak lagi dapat menghasilkan sel-sel T4 yang baru dengan jumlah yang banyak kerana sebahagian daripada sel-sel darahputih itu akan bertukar menjadi benih manusia.Badan akan lemah dan AIDS akan menyerang. Pesakit jenis ini mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat: Ia mesti disebat dan badannya mesti mengalami kerosakan sel yang banyak bagi merangsang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta menggalakkan sum-sum tulang mengeluarkan antibodi yang baru.



Cara yang terbaik ialah dengan cara menyebat di bahagian belakang tulang belakang manusia di kawasan antara bawah tengkuk dan di atas pinggang dengan sebatan yang akan merangsang penghasilan semula antibodiT4 yang baru dan
pesakit tersebut boleh sembuh dari AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfosit menjadi 2 kali ganda jumlahnya daripada jumlah virus AIDS di dalam tubuh badan manusia dan ia menjadi lebih dominan daripada virus AIDS sehingga ia dapat
memusnahkan virus AIDS dan manusia terselamat daripada penyakit AIDS. Jika sekiranya pesalah tersebut adalah mereka yang telah berkahwin, apabila dihinggapi virus AIDS sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang kurang menghasilkan antibodi kerana fungsinya lebih banyak ditumpukan ke arah menghasilkan benih-benih bagi tujuan mengahasilkan sperma-sperma baru.



Pesalah jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus AIDS dan rejam hingga mati merupakan jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengelakkan jangkitan penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.!



Maha suci Allah yang telah menciptakan kita. Dia yang menciptakan kita,Dia paling tahu segala-galanya tentang kita, makhluk-Nya yang lemah.

Kuliah oleh Utz Jamnul Azhar..
Aku just nak inform....semalam, and hari ini, ada ulangan Kuliah Dr Jamnul mengenai Sunnah Nabi yakni Makan Garam...di Radio Msia Selangor (100.9FM), dalam ruangan Suara Mimbar (1.30ptg dan 7.30mlm)....

Kuliah ini ulangan bulan 8-9 hari tu...tapi best dengar..

semalam,part2, beliau ada ceritakan, khasiat Sunnah Nabi, yakni makan garam...

Antaranya..
1)Air Mineral..yang kita bagus minum sebotol(1 liter) tiap2 hari tu..rupanya, air garam je...cuba tengok kat botolnya..so, kalau makan secubit garam ketika nak makan(sunnah Nabi).. tak yah minum air mineral, jimat RM 1.50 tiap2 hari...

2)Garam boleh tawarkan Racun dalam Badan..
Dr ceritakan masa dia jadi Doktor Bertugas di Hospital Kangar,ada budak masuk Wad Emergency pasal telan Paraquat (racun serangga)..
Dr pun mengarahkan Staff Nurse masukkan air garam (yang selalu hospital masukkan) dalam tangan dan kaki budak tersebut, habiskan 20 botol dalam 1 jam....dalam 15-20 min...budak tu pun terkencing...rupa2nya..racun dalam badan tu dah dikeluarkan oleh air garam tersebut..

3)Boleh kalahkan sihir...
Tu yang bila Nabi Musa belah laut (mukjizat)...Firaun and geng sepatutnya tak masuk dalam laut tu..pasal sihir Firaun takkan berkesan kat Air laut yang masin...tapi depa masuk gak..so, tenggelam la...

bersambung hari ni..kalau sapa berkesempatan, leh dengar sama-sama...

Semalam, dia ada gak ceritakan...Faedah kita sunat makan tangan kanan,kerna ada enzim di tangan kanan kita...dll...

tadi, dia ada ceritakan kenapa basuh punggung tangan kiri, dan kenapa paling bagus ngan air....

Ada ceramah 1 bulan lepas, dia cerita hubungan suami isteri....
-faedah berjimak pada malam jumaat, malam isnin...
-kenapa dia lebih suka sebut jimak, dari sebut buat seks, kerana jimak hanya manusia dengan manusia, tapi kalau seks (binatang pun buat seks)...
-faedah simpan janggut bagi lelaki, bagi isteri yang suka gosok janggut tu, hormon si isteri akan stabil..

aku ada rakam part 3 ceramah tu..nanti kalau ada masa, aku akan catat..

btw..aku ada cari dalam net, rupanya, utz Dr. Haji Jamnul Azhar b. Hj. Mulkannie ada karang satu buku ""al-Quran dan Sains" ..

Sekian, wassalam..

Thursday, April 01, 2004

Motor Rosak..Rahmah Allah...satu peristiwa semalam
Dalam posting semalam, ada aku ceritakan pasal motor aku yang tak dapat nak start..terpaksa aku tolak then masuk gear 1, baru start...
Itu sabtu lalu..hari selepas tu..ok je motor tu..
Namun begitu..semalam..semasa aku nak balik rumah dari opis ..motor aku break tengah jalan....

Aku nak balik awal...around 7.15malam...(pasal semua dah balik)..
So, aku terus keluar dari opis aku nak terus ke rumah, dengan anggapan sempat solat magrib kat rumah.
Masa tu, aku memang nak terkencing habis, tapi aku tahan gak..plan aku nak stop kat tol sg besi semasa dalam perjalanan balik..
Tapi sebelum aku keluar dari area opis aku....aku teringat yang bini aku yang tersayanggg nak makan burger je malam ni..so, aku kena beli burger yang best area nie...tapi takda duit...ada RM2 je masa tu....so, aku plan baru yang aku gi ambik duit kat bank, then gi solat kat opis aku balik, then baru gi beli burger, then baru balik rumah guna lebuhraya...
Dah selesai kencing dan solat..aku terus ke gerai burger..tengah2 jalan, Motor aku mati!!!!....aku try start..tak dapat start....tolak pun tak dapat start...terpaksa aku menolak motor aku, mencari kedai motor yang terdekat, padal kul 7.50 malam....alhamdulillah...ada kedai motor yang buka....rupanya starter coil yang terbakar...dia kata, kalau kedai motor lain, masa ni memang depa taknak layan...pasal nak tutup dah....tapi dia buatkan gak....
Anyway lepas tu...aku beli burger dan balik rumah....
Nak cerita rahmat Allah...
Kalau aku teruskan balik rumah kul 7.20malam tu..guna lebuhraya..cuba bayangkan kalau motor aku rosak tengah jalan yang malam tu....lebuhraya tu....mesti lagi susah....
and kalau aku tak ambik duit....teruk aku dibuatnya..hanya RM 2 dalam poket aku masa tu....
tu dia Rahmat Allah.....aku bersyukur kepada Mu, Ya Allah.....

Mengigau (Mamai) yang berbahaya lagi untuk kali ke 2

Assalamualaikum kepada kawan-kawan ku semua..

:)..masih ingat pada saya?..

Kali ini, saya nak bercerita dan meminta nasihat kawan-kawan mengenai kisah benar yang saya alami sendiri,
di mana mungkin sesetengah kawan-kawan akan merasa lucu, tapi bagi saya, ia adalah perkara yang serius,
yang memerlukan satu penyelesaian untuk mengelakkan dari berlaku lagi parah.

Apakah masalah tersebut?..Saya ni kekadang mengigau, dan sekali sekala, mengigau tahap teruk, sehingga menumbuk orang!..

Begini kisahnya..
Saya memang dari dulu kekadang mengigau (bahasa utara - mamai). Selalunya, saya bercakap dalam tidur sahaja..
Tetapi, sebulan dua lepas, saya bermimpi yang saya adalah hero yang menentang kejahatan. Satu ketika, saya berjaya menangkap orang jahat, lalu saya menumbuknya.
Tetiba, saya tersedar dari tidur...
"Alamak!!!!, tertumbuk isteri sendiri yang tidur di sebelah saya!!..."...Tidakkkkk!!!...
Nasib baik hanya terkena bahagian belakangnya sahaja....nasib baik isteri saya tak apa-apa...

Namun begitu, kerisausan saya (dan juga isteri saya yang berada dalam keadaan bahaya), kalau-kalau saya mengigau lalu menumbuk/menendang lagi isteri saya...maka, saya selepas itu, rajin - rajin baca doa panjang sket sebelum tidur...

Malangnya, pagi tadi, peristiwa sama telah berlaku kembali..Saya dah lupa mimpi apa, tapi yang saya ingat, ketika itu, saya sedang bergaduh dengan jin jahat yang berupa manusia...saya pun menumbuknya..
Pada masa yang sama, saya tersedar dari tidur...
"Tidak.!!!!...Aku tak percaya!!!..Tertumbuk lagi isteri di sebelah...."....

Cian isteri saya..kena tumbuk lagi...nasib baik kena kat bahu dia.....

Saya risau sekarang ni..
Risau tertumbuk lagi...kang ada yang terpaksa tidur luar lak kang.....

Terima kasih kerana mendengar luahan hati saya..wassalam...

raya2020