<$BlogRSDUrl$>

Friday, December 30, 2005


Reality Show Review:
Malaysian Most Beautiful : 29th Dec 20005, 8TV.

(http://www.mostbeautiful.com.my/index.asp)

Summary yesterday episode:

Out: Thanya, 18, Student, Classic Indian Dancer..dibuang semalam kerana sakit(??), so, tak dapat bersama yang lain menjaga binatang di Zoo...

Comments: Kalau awal-awal dulu (dalam 10 orang lagi peserta, maybe Thanya dimaafkan...tapi dah tinggal Final 5...so, memang tak dapat nak dielakkan )



==================================

The Survivors for now:

Jessey, 22, Student/Freelance Model

Comments : Diva Neutral and Naive di MBB 1....menjadikan MBB1 more ceria dan exciting (rasanya ini sebab Jessey tidak dibuang lagi, kan Reality Show perlukan seorang cam nie)



================================

Jue, 22, Businesswoman


Comments : After 2-3 episode, I predict she will be the winner of MBB1..why?
-She beautiful (compare to others in the final)
-She seksi (semalam, masa gi Sunway Lagoon, orang lain seluar panjang, Jue pakai seluar pendek...si Jessey pun pakai seluar panjang..kat bilik pun, dia pakai seluar pendek je..)
-She baik
-She young...Imagine...only 22 years old, dah jadi Businessgirl/ Usahawan....patut jadi Contoh




======================================

Hani, 18, Student

Comments: Hehhehe....typical student type...suka gembira (semua benda dia gembira)....ala...macam student la.....;)



=========================================

Puan Faridah, Timbalan Pengarah di MOE....

"MOE a.k.a Kementerian Pelajaran Malaysia???..ooo..takleh komen lebih-lebih ni, bahaya..;) "




======================================

So, to cut it short....

Who I predict to be the Winner of 1st Malaysian Most Beautiful?




As I wrote ealier...the girl above....Jue....we will watch if my prediction is correct....;)



=======================================
Posible Spoiler ahead....Read if you really want to know...
========================================

Jue wins...But wait...when i go to
http://www.mostbeautiful.com.my/finalist.asp,
to download the pictures above...

I see posible spoilers (true in (830am, Friday, 30 Dec)...
dunno if the producer knows that or mistake..(ada yang kena marah or dibuang lepas nie..sorry)

What the fuss???

Hehheheh..

1) Usually, after a contestant been eliminated, the info includes
"Ex – Finalists (extra questions)
10. Why do you think you were eliminated?"

But..when I browsed all the info....looks like..

1) JUE!! will be eliminated..????.......Tidakkkkkkkkk...

2) Hani too will be eliminated.....hhehehe...

The most shock / Twist (not shock la..biasa la..)....

3) Dilla, 22, Part Time Model which was been eliminated because she seems blurr.....will be joining back ...!!!!!.....Wahhhhhhhhhhhhhhhh...




So....if the spoilers true...who will win the MBB 1??

My guess..

We know..Last 3......Jessey, Puan Faridah, and Dilla..

Somehow, the pattern similar to Mencari Cinta 1, Daniel, Khairol and twist, Zul....

So, my prediction is similar too...

If Jessey survive the final 3.....she will be the Winner.

If not, then Puan Faridah will be the Winner because Dilla is considered out because she already been eliminated before....



That's all.

We'll see if my prediction is correct...;)

Bye.

Ps....wait....general comments..

1) SEKSI.....GADIS MELAYU ISLAM SEKSI...(Jue pakai seluar pendek dalam bilik and kat Sunway Lagoon, for example......) , and also she menari seksi masa karaoke session...ada lagi banyak...

So, what the fuss all about..normal laa......Orang KL biasa la.....



(http://www.illusions.tv/Forum/viewtopic.php?t=247&start=0)

But remember.....saudari Elly dalam Mencari Cinta 1.....dia tak pakai teruk pun dalam Mencari Cinta....(cuma ada gambar dia dulu-dulu (masa F1 kot) disebarkan dalam internet)....tu pun masa Mencari Cinta...dia pakai elok je....kena kutuk TERUKKKK!!!

So, kenapa DOUBLE STANDARD????

- Adakah kerana saudari ELLY salah kerana mencari PASANGAN dalam TV, dan mereka ini hanya nak jadi Malaysian Most Beautiful 1??

- Adakah kerana Mencari Cinta 1 ditayangkan di TV3 (Stesen TV Utama Keluarga), dan MBB selamat kerana ditayangkan di 8TV??

- Adakah kerana Orang tak tgk MBB1 di 8TV, sebab itu takda sapa nak komen (abis tu, kenapa akan ada MBB2??)...sedangkan MC1 ramai yang nontonnya? (takda lagi ura-ura ada MC2)...

- Adakah kerana Mereka ini orang KL yang memang biasa la pakaian macam tu....tidak tak dinamakan orang KL la.......eh.eh...bukan Elly duduk kat KERAMAT, KL gak?? Kenapa dia je dibalun??

- Adakah ....?

Bukan tak leh kutuk MC1...cuma , kalau kutuk/komen pasal MC 1...kenapa tutup mata kat MBB1?????

That's all..

Wassalam...

Thursday, December 29, 2005



KPLI Jan 2006 Lagi..... (doa dan harapan)
-------------------------------------------------------

(image from http://www.sabes.org/images/teacher.gif)

Hari ini sudah 29 Disember 2005. Keputusan KPLI Jan 2006 keluar 5 Jan 2006. That's means we have only 6 days left. And after that, we got only 10 days to register ourselves to respective 'maktab'.

6 Days Left from the result - 5 Jan 2006.

10 Days Only Preparation - 16 Jan 2006.

#####################################################

1) Budjet For Kemasukan KPLI ini & 3 bulan pertama (kerana tak dpt elaun).

Di bawah ini, anggaran perbelanjaan untuk masuk KPLI for me (and maybe some of us).

Things RM
------- ------
1) Denda (Notis Seminggu sepatutnya sebulan) 3000 / 30 X 21 = 2100

2) Tambang ke Maktab X2 (Pergi Balik)
X 3 (Urusan Barang/Dokumen) 30 X 2 X 3 = 180

3) Makan sebulan (sehari rm 10)
X 3 (estimate tak dpt elaun) 10 X 30 X 3 = 900

4) Nafkah Isteri - Pending

5) Hutang Kereta (sebulan RM 500) 500 X 3 = 1500

6) Burn Duit Cagaran Rumah (bg notis seminggu je) 700

7) Pindah Barang 200

------------------- ---------------------


Total Estimate RM 5580

If minus the DENDA = RM 3480


Saya tahu, ramai yang kata,

-calculation ni maybe salah...(ni estimation saya..pada orang lain, maybe berbeza..)

kalau betul pun, biar la..kenapa nak minta KPLI kalau takut..kena la berkorban...guru kan ibarat lilin.............

######################################################

Infact, dalam buku pelawat MOE hari ini, ada 2 orang komen


http://apps2.emoe.gov.my/tayang.php?laman=buku_pelawat&bhs=my&info=1

"Dari GAZZKETT
Tasik Cempaka,Bandar Baru Bangi 29 Disember 2005

Assalamualaikum & slamat sejahtera....

lagi satu,aku tertarik dengan komen,pendapat,cadangan atau rungut-rungutan terhadap KPLI ni.yang tak sabar sangat tunggu result KPLI'06 apsal?bukannye esok nak kiamat pun.kalau nak kiamat pun,korang dah tak pikir pasal KPLI pun. "


Kepada sahabat pertama, Mohd GAZZKETT di atas ini...

Dari posting saya yang lepas...


"
1) Notis di Syarikat Swasta kena bagi 1 bulan atau lebih. Kalau seminggu je notis, kami kena bayar balik denda langgar kontrak.-> Duit dan masa rugi.

(Nota: Kalau MOE tidak tukar jugak, kepada yang bekerja, bersedia dengan surat berhenti kerana 5 Jan tu, hari Khamis. So, kena hantar surat berhenti Khamis tu juga atau Jumaat 6 Jan. Jangan HR pun cuti, parah)

2) Cagaran Sewa Rumah. Kalau seminggu je notis, kira 'terbakarlah' cagaran sewa rumah kami sebulan@lebih..banyak tu.- > Duit dan masa rugi.

3) Persiapan. kalau peserta dari Semenanjung dapat di Sabah, kena beli tiket, kena uruskan hal berhenti, kena uruskan hal rumah, dan pelbagai lagi dan sebaliknya. -> Duit dan masa rugi.

4)(Hujah lucu sikit) Ada sahabat saya , tidak dapat 'bersama'@tidak bersungguh-sungguh mendapatkan cahayamata selagi si isteri tidak dapat keputusan KPLI, kerana nak masuk KPLI tidak boleh mengandung."

############################################################

"dari Mohd Izani
Pahang
28 Disember 2005

Ini cuma nasihat kepada semua. Kalau hati kita berkata kita sememangnya hendak menjadi seorang guru, tak kisahlah kalau kena bayar 2 bulan gaji kepada majikan. "

Kepada sahabat saya yang kedua..
Dari posting saya yang lepas...

" Saya mengaku..memang guru-guru lama juga mengalami kesusahan ini. Tetapi harus diingat. -dulu, orang berjalan kaki, sekarang naik kereta. -dulu, malam-malam guna pelita, sekarang ada lampu/elektrik. -dulu, kena berhubung terus dengan kementerian (telefon, pergi sana), sekarang, sudah ada website dan portal. -dulu, masalah ini hanya dibicarakan dari mulut ke mulut, disimpan dalam hati, sekarang dapat dikongsi di Buku Pelawat ini.

Poin saya, kita kena ada perubahan, dan perubahan itu sepatutnya, perubahan kepada yang lebih baik bukan yang lebih teruk, atau tak ada perubahan langsung. Maka, sudah pasti, sebagai pemohon yang tidak mempunyai kuasa mengubah, kita hanya dapat berharap,merayu, dan berdoa. Cuma, diharap, pihak yang berkenaan dapat memahami masalah yang dihadapi agar tahun depan sekurang-kurangnya, diumumkan cepat. Memang kita tahun ini tidak dapat berbuat apa-apa dari segi tarikh, tetapi harapan masa hadapan keadaan akan menjadi lebih baik. Umpama si datuk menanam pokok durian yang hanya dapat hasilnya oleh cucu-cucunya.
"

#####################################################


Aidil Fitri
Ibukota Kuala Lumpur
22 Disember 2005 Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat semua.

------------------------------

Kepada Rina dari Kuantan..dan kepada sahabat-sahabat sekalian.

Posting saudari,

" Cuba kita semua MENCARI CARA bagaimana untuk mengatasi segala masalah tersebut"....INGAT!!! Bukan kita yang hanya merasa kesusahan ini tetapi guru-guru yang terdahulu......"

Saya mengaku..memang guru-guru lama juga mengalami kesusahan ini.

Tetapi harus diingat.

-dulu, orang berjalan kaki, sekarang naik kereta.
-dulu, malam-malam guna pelita, sekarang ada lampu/elektrik.
-dulu, kena berhubung terus dengan kementerian (telefon, pergi sana), sekarang, sudah ada website dan portal.
-dulu, masalah ini hanya dibicarakan dari mulut ke mulut, disimpan dalam hati, sekarang dapat dikongsi di Buku Pelawat ini.

Poin saya, kita kena ada perubahan, dan perubahan itu sepatutnya, perubahan kepada yang lebih baik bukan yang lebih teruk, atau tak ada perubahan langsung. Maka, sudah pasti, sebagai pemohon yang tidak mempunyai kuasa mengubah, kita hanya dapat berharap,merayu, dan berdoa. Cuma, diharap, pihak yang berkenaan dapat memahami masalah yang dihadapi agar tahun depan sekurang-kurangnya, diumumkan cepat. Memang kita tahun ini tidak dapat berbuat apa-apa dari segi tarikh, tetapi harapan masa hadapan keadaan akan menjadi lebih baik. Umpama si datuk menanam pokok durian yang hanya dapat hasilnya oleh cucu-cucunya.

#######################################################

Kepada abang pemantau dan guru-guru sekalian.

Abang menulis :

" 'Teach(Work) hard and smart'. Ini kerana ' teach smart not hard' dibimbangi akan membuahkan gejala 'goyang kaki', 'remote control', 'pandang-pandang jeling-jeling' dan sebagainya. "

Pada saya, "Goyang kaki", "'pandang-pandang jeling-jeling' @ Walls have ears" memang mungkin terjadi. Namun, kata kunci di sini adalah "Masa Terluang".

Maka, dengan masa terluang, para guru boleh membuat perkara-perkara lain yang berfaedah seperti :

- Membaca buku supaya menambah pengetahuan, boleh sebarkan kepada anak murid.
- Mencari bahan-bahan pembelajaran di Internet supaya guru dan pelajar tidak ketinggalan dari segi teknologi dan ilmu.
- Meluangkan masa bersama keluarga, dengan ini fikiran tenang dan gembira maka bila mengajar pun gembira dan berkesan.

Cuma, saya mengaku, seperti kata abang pemantau, paklong..kalau orang lain nampak guru ada masa, mesti mereka menganggap guru ada banyak masa terluang dan kerana itu menyerahkan banyak tugasan kepada guru-guru tersebut.

Orang putih kata "Catch 22". Buat apa-apa pun salah. (Secara umumnya, semua kerja akan menghadapi perkara sebegini, maka timbullah istilah - "BBB" iaitu "Buat - Buat Busy".

Mungkin dapat dibincangkan bagaimana dapat menyelesaikan masalah ini.

Wassalam.

----------------------------------------------------------------

Cadangan Kepada MOE.

Aidil Fitri
Bandaraya Kuala Lumpur
22 Disember 2005 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pentadbir (webmaster) laman web MOE.

1) Tahniah kerana mengadakan ruangan Buku Pelawat dan juga Maklum Balas. Boleh kami bertukar-tukar fikiran, idea dan maklumat.

2) Dalam buku pelawat, dan juga secara umumnya, masyarakat luar melihat kerjaya perguruan adalah satu pekerjaan yang senang. Hanya mengajar sahaja.

Kerana pandangan mereka yang demikian, mereka kurang menghormati guru secara umumnya dan sering berpandangan negatif kepada guru-guru.

Cadangan saya, dengan adanya laman web MOE yang selalu dikemaskini ini, boleh tak tuan/puan mengadakan satu ruangan "Kenali Guru".

Dalam ruangan "Kenali Guru" ini, kita boleh letakkan satu karangan, informasi mengenai kehidupan guru sehari-hari.

Setiap seminggu, guru dari pelbagai jenis sekolah (sek. bandar, sek. luar bandar, sek. hulu, sek men. dan sek. rendah) akan dipaparkan dalam ruangan ini.

Dalam karangan tersebut, guru-guru boleh menceritakan mengenai susah payah, usaha gigih, kerja mereka sehari-harian dari pagi hingga ke malam dalam usaha menghasilkan para pelapis generasi baru negara.

Maka, diharap, dengan ruangan ini,

1) Usaha gigih, masalah, susah payah, pekerjaan guru dapat diketahui masyarakat umum. Maka, tidak ada salah faham, tanggapan negatif kepada guru-guru.

2) Sekolah tersebut dapat diperkenalkan di seluruh Malaysia. Dapat mempromosikan sekolah-sekolah, dengan itu mereka akan berusaha mencantikkan sekolah mereka.

3) Menarik minat pelajar/murid sekolah melayari laman web ini kerana kemungkinan berita mengenai mereka akan keluar dan dapat ditonton seluruh dunia.

Sekian, terima kasih.


--------------------------------------------------------------------

Sorry kalau tulisan aku dalam beberapa minggu ini banyak bercorak kepada KPLI je....bukan apa, memang KPLI ni penting dalam mencorakkan masa depan aku...kalau dapat, aku akan meninggalkan hidup sekarang dan memulakan hidup sebagai seorang guru di mana-mana yang kementerian hantar aku..dah takda kebebasan nak tinggal di mana...

Nanti kalau ada masa...aku akan mengomen, mengulas mengenai perkara-perkara biasa yang aku selalu ulas,

-Explorace, MC, Most Beautiful...bukan apa, Malaysian Idol & Akademi Fantasia dah banyak orang ulas, and aku ni tak minat sangat nyanyian nie..so, tak tau nak komen apa.....

-Life aku

-Perkembangan semasa..

That's all..bye..




Wednesday, December 21, 2005


RAYUAN DIPERCEPATKAN KEPUTUSAN KPLI JAN 2006 TIDAK DIPEDULIKAN, MALAH DILAMBATKAN LAGI..



http://apps2.emoe.gov.my/tayang.php?laman=lihat_info&info=pengumuman&id=112&bhs=my


Pengumuman Keputusan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sepenuh Masa), Kursus Perguruan Lepas Ijazah (j-QAF) Dan Kursus Persediaan Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) Ambilan Januari 2006
16 Disember 2005

Pengumuman Keputusan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sepenuh Masa), Kursus Perguruan Lepas Ijazah (j-QAF) Dan Kursus Persediaan Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) Ambilan Januari 2006 Boleh Dibuat Pada 05 Januari 2006.
Untuk Maklumat Lanjut 03-8884 1233 atau 1254.
Harap Maklum



Mengikut cerita-cerita berkaitan, oleh kerana Keputusan KPLI Jan 2006 dapat tahu 5 Jan 2006...maka, kononnya (tidak dapat diconfirmkan for now), Tarikh Mendaftar ke Maktab adalah 16 Jan 2006, Isnin...so, that leave us around 10 days....not much right??


Sebenarnya, aku ada member kat Goverment.....Apa diorang citer....Bila diorang dapat TAWARAN KERJA GOVERMENT, MEREKA DAPAT SURAT TAWARAN SEBULAN @ SEBULAN LEBIH , LEBIH AWAL ......

Rasanya ini termasuklah Pegawai-pegawai di MOE, Petugas2 di Maktab2 jugak kan? Kalau ya, Mengapa mereka ini menetapkan hanya 10 hari bagi bakal guru mendaftar?? Cuba bayangkan mereka hanya ada 10 hari sahaja membalas respon surat tawaran kerja tersebut?? Tak kesian ke kat kami????...


Ternyata..kerana hanya tinggal beberapa hari sahaja...so, for sure kami akan suffer....

Harap-harap tahun depan MOE akan percepatkan keputusan KPLI dan juga keputusan-keputusan lain agar semua pihak MERASA WIN-WIN SITUATION.

Dan tidak lupa diucapkan terima kasih kepada website MOE yang menyediakan Ruangan Komen Pembaca di http://apps2.emoe.gov.my/tayang.php?laman=buku_pelawat&bhs=my yang mana rasanya semua surat yang ok dilepaskan, tak kisah sama ada positif atau negatif...terima kasih pihak pentadbir...:)

Kalau ada masa, saya update lagi...;)


http://www.mostbeautiful.com.my/wall/1024_2.jpg


Malaysian Most Beautiful @ Beauti-Fool?



Btw, dah tgk Malaysian's Most Beautiful Semalam....takda citer lain menarik..

Btw..fikir-fikir balik....cam omei kata la....

Malaysian's Most Beauty-Fool....kekekke...

Diorang tak tau, rancangan tu dah macam nak melaga-lagakan mereka, tunjukan negatif mereka..

Kekeek..so, boleh la tgk..bukan nak tgk siapa beautiful..tapi nak gelak-gelak, nak kutuk-kutuk..kakkakakakakakka..)...

sonok semalam...

Ada nurse tu, dia tak suka sorang peserta, dia kutuk habis-habisan..last2, dia yang kena buang..kakakkakaka...)

Dah 2 Nurse dah dalam Reality TV ditunjukkan teruk....satu, dalam Survivor11:Guatemala, and now, dalam Malaysian Most Beauty-Fool...

Enjoy......kakaakkakkaakk...)


Irony
-----

Dari search google

Irony ... is a form of speech in which the real meaning is concealed or contradicted by the words used.
According to http://en.wikipedia.org/wiki/Irony -

Maksudnya, perkataan berlawanan dari kata-kata sebenar.

Semua orang rasanya tidak dapat lari dari Irony nie..sebagai contoh

1) Ivana (Apprentice 2), berkata dalam episod ke 2..dia marah Bradford kerana menyuruh mereka memakai pakaian seksi-seksi semasa task menjual Aiskrim. Dia kata, Dia tak akan menggunakan Seks Appeal for Menang.

Tetapi, apabila tinggal 5 orang (Task Jual M&M), dia terdesak dengan sanggup menunjukkan spender/menarik turun skirt kerana nak jual M&M dengan harga US20.

2) Judd (Survivor 11:Guatemala) berkata, dia tidak pernah berbohong..

Hahah..berapa kali dia berbohong...Tips Patung Idol di atas, dia citer kat orang, ada di bawah..etc.

3) Task semalam dalam Apprentice 4, TV3 (Promosi Lambogini) Pasukan Excel (lelaki) kata " TAK MUNGKIN MEREKA KALAH KERANA MEREKA LELAKI, NI KAN TASK KERETA"

Tapi akhirnya mereka kalah ngan Team WANITA.....

Aku pun tak dapat lari gak dari Irony nie..

Yang aku ingat..

1)Selepas mendengar kuliah agama masa tingkatan 4 kot, ustaz aku kata, "Tgk wayang haram"...ada la sebab-sebabnya..

Pastu, bila balik asrama..aku citer kat kawan2 aku, Wayang tu tak leh tgk..

Pastu, masa tu, kat sekolah aku, setia p sebulan ada Tayangan Wayang Open..pastu, aku gi tgk.....Member aku pun kata, "Eh, hari kata tak leh tgk.."

2) Ada member aku, aku kekadang ada issue ngan dia...Pernah sekali, dia kata, aku ni cam mabuk je (lupa dah sebab dia)..

Pastu aku marah dia.."Jgn kaitkan aku ngan MABUK..aku tak SUKA"...

Masa yang lain selepas itu, aku selepas sembang2 citer Jackie Chan, aku membayangkan Guru Jackie Chan, Kungfu Mabuk...so, terus aku menggayakan KUNGFU MABUK..

Pastu, kawan aku yang dikena marah ngan aku hari tu..."Eh..hari tu siap marah-marah aku pasal kata ko macam MABUK lah..NI KO GAYAKAN ORANG MABUK, TAKPA LAK???..."

Aku pun tak dapat kata apa-apa..


Nanti sambung..

Hakikatnya, rasanya,

"people tends to say what they think, but, sometimes, they don't realize what they intend to think is not the same as they are now.."


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat yang melayari Buku Pelawat MOE ini.

Pertama sekali, saya ingin menyatakan saya belum pernah menceburi bidang guru, maka saya tidak tau secara langsung mengenai hidup seorang guru. Cuma, banyak saudara dan rakan-rakan yang menjadi guru.

Saya ingin menyatakan pendapat /persoalan saya mengenai "Guru Ibarat Lilin, Berkorban Utk Org Lain" yang telah dari dulu lagi disetkan dalam minda kita. Mungkin guru-guru atau pihak MOE atau sahabat sekalian ada idea, pengalaman, respon.

Saya bukan apa, dalam sekolah sehingga bekerja sekarang,salah satunya saya telah diajar 2 perkara

1)"Study Smart not Study Hard (Belajar Dengan Bijak, bukan Belajar Dengan Teruk)" &

2)"Win - Win Situation (Kesemua Pihak Menang) ".

Bukankah kita diajar untuk mempraktikkan ilmu yang kita ada? Maka, mengadaptasi dalam isu "Guru Ibarat Lilin, Berkorban Utk Org Lain", bukankah kita dalam bidang perguruan juga boleh berbuat demikian?
"Teach Smart not Teach Hard"
di mana guru boleh mengajar dengan bijak, maka ada masa terluang untuk keluarga. (rasanya ada dalam konsep smart school)

"Win-Win Situation"
di mana pelajar berjaya, dan juga guru gembira pelajar berjaya, dan guru juga gembira ada masa terluang untuk keluarga dan lain-lain.

Soalan saya, bolehkah diadaptasi 2 konsep Ini dalam Bidang Perguruan atau telah ada ?

Sekian, terima kasih sekalung budi.

p/s Rayuan lagi agar pihak KPM mempercepatkan keputusan KPLI Jan 2006. Bayangkan kalau anda semua di pihak kami.