<$BlogRSDUrl$>

Wednesday, October 26, 2005

TOPIK
-----
1) INGIN MENJADI PENCARI 'HARTA KARUN'DI 10 MALAM TERAKHIR,

2) CARA MUDAH UNTUK SUAMI MENJADI IMAM SOLAT

3) BUKAN SEMUA SYAITAN/JIN YANG DIIKAT DALAM BULAN RAMADHAN?

4) BEBERAPA CARA SOLAT TARAWIKH DI MALAYSIA..8 RAKAAT? 20 RAKAAT?

5) KPLI AND KEPUTUSAN?
-------------------------------------------------

1) INGIN MENJADI PENCARI 'HARTA KARUN'DI 10 MALAM TERAKHIR,

Hari ditulis ini, telah masuk malam ke 20 Ramadhan..Maka, secara serius, dan bersungguh-sungguh, ramai orang yang mencari 'harta karun' yang terbesar pada tahun ini, 'Lailatul Qadar'- Malam yang lebih baik dari 1000 bulan...lebih kurang 83 tahun (kalau tak salah aku)..

Tak yah jadi Indiana Jones, takyah pakai seksi cam Tia dalam Relic Hunter..'harta karun' ini boleh didapati, insyaAllah, dengan banyakkan beribadat pada malam-malam 10 terakhir pada bulan Ramadhan, dan ditekankan lagi pada malam2 ganjil 10 malam terakhir (malam 21, 23, 25, 27, 29)....Masjid kat tempat aku ada buat Qiyamullail pada malam2 ganji l ini...

Antara yang boleh dibuat..(bagi aku la.minimum.aku pun nak dapat gak)..

a) Banyakkan sedekah..duit, walaupun sehari Rm 1 je ke..or sedekah Selipar berharga rm 3 for toilet surau/masjid, or kain pelekat for anak yatim, or diletakkan di masjid/surau....etc..

b) Solat Isyak dan Subuh berjamaah...ada hadis yang menyatakan dapat pahala beribadat separuh malam & sepanjang malam kalau solat isyak dan subuh secara berjamaah..

c) solat tarawikh, plus Witir pasal ada Doa Qunut..

d) Kalau boleh, qiyamullail (bangun malam)..paling kurang pun, bangun dalam 4.30pagi..then buat solat sunat 2 rakaat ke, baca quran ke..Buat yang termampu..aku pun sama..and terus terang aku kata, aku ni pun manusia biasa..tawarikh2 sebelum ni pun ada yang miss..

cuma sama-sama kita usaha yek..Cuba korang rujuk artikel JIM ni utk full description.
-------------------------------------------------- -----------

2) CARA MUDAH UNTUK SUAMI MENJADI IMAM SOLAT..

Nak jadi Imam solat?

Pernah Jadi Imam Solat ?

Pernah memimpin keluarga (isteri, anak-anak) jadi Imam solat Berjamaah di rumah?

Pernah terjadi perkara-perkara di bawah ini?
i) Isteri kata, asyik2 Surah Al-Falaq, Surah An-Nas , Surah Ahad sahaja...tak lari dari surah 3 Qul sahaja....

Apa solution nya?

Kita pun teringin nak jadi Imam gak kan...nak bimbing keluarga ke jalan yang benar, nak bimbing keluarga jauh dari Api Neraka....

Dalam kuliah ustaz Khalid Isa, 2 minggu lepas (ustaz sama seperti posting aku lepas), dia bagi 2 tips mudah untuk Para Suami nak jadi Imam Solat bersama keluarga di rumah....

Tips 1 (tips mudah untuk Para Suami nak jadi Imam Solat bersama keluarga di rumah)
------
Tips ni payah sket nak tulis, kena tunjukkan secara amali...tapi aku try je la tulis yek..Langkah

1) Sediakan Al-Quran Kecik.

L2) Setkan/plan nak baca kat mana , muka surat mana, dan tanda kat muka surat tu.

L3) Letakkan Al-Quran kecil tu di dalam kocek baju sebelum menjadi Imam solat.

L4) Bila habis al-fatihah, buat pergerakan ringkas (buat 1 pergerakan, stop, then sambung 1 pergerakan lagi, then stop, begitu seterusnya),

i) Gerak tangan, Ambil Quran dari Kocek Baju.
ii) Buka kat Muka Surat Ditanda.
iii) Baca surah / ayat yang dikehendaki.
iv) Pastu rukuk macam biasa, quran tu dipegang bersama sampai rakaat seterusnya.

Nampak payah sket kan...tu la....nak kena tunjuk amali gak...cuba Tips kedua..


Tips 2 (tips mudah untuk Para Suami nak jadi Imam Solat bersama keluarga di rumah)
----------------------------
Langkah 1) Ambil Surah/Ayat yang ingin dibaca

L2) Photostat besar-besar, or salin dan tulis besar2 kat kertas. or beli Quran Besar.

L3) Lekatkan / Tampalkan Kertas tersebut di hadapan anda sebelum Solat Berjamaah. or letak Quran tersebut dihadapan or dihadapan kanan anda..

L4) Selepas Al-Fatihah, baca la surah yang anda ingin baca..refer kat kertas/quran yang anda letak kat hadapan anda...

Mudah kan....Kita pun tak la pening kena hafal or bini kata, asyik baca 3 Qul je...(kalau boleh hafal, ni plan backup je and lebih baik dari tak buat langsung kan)..

-----------------------------------

3) BUKAN SEMUA SYAITAN/JIN YANG DIIKAT DALAM BULAN RAMADHAN?

Dalam kuliah 2 hari lepas lak..ustaz Suhaimi lak nama ustaz tu...dia beri kuliah best gak...nanti aku detailkan...

cuma, nak highlight kat sini, salah faham masyarakat Umum mengenai Hadis yang mengatakan Semua Syaitan dan Jin diikat pada Bulan Ramadhan ini..

Kenapa?

1) Dia cerita 2 kisah benar, berlaku dalam bulan Ramadhan ni gak...di mana satu kes, seorang ibu/isteri dirasuk Jin..dan juga ada Jin/Saka dalam kaki seorang yang alim....

Itu menunjukkan Tak semua Jin/Syaitan diikat dalam Bulan Ramadhan ini..Dia anjurkan, masyarakat kena gak memahami maksud sebenar hadis tersebut, bukan maksud fisikal sahaja..tu yang kena belajar lagi tu....

2) Teringat pula aku , awal Ramadhan ini, di Soal Jawab Ramadhan pada pukul 6.15pm - 6.50pm di Radio Malaysia Selangor (RMS 100.9FM)....seorang anak telefon dan bertanya pada ustaz jemputan..

"betul ke semua Jin / Syaitan diikat pada bulan Ramadhan ini? pasal Ibu dia dirasuk jin dan berperangai pelik"

Ustaz pun menjawab...Bukan semua Jin/Syaitan yang diikat...

Penerangan lebih lanjut, harap saudara-saudari rujuk ustaz or nanti saya pun nak mencari kenapa jadi begitu / apa maksud sebenar hadis tersebut.....

----------------------------------------------------

4) BEBERAPA CARA SOLAT TARAWIKH DI MALAYSIA..8 RAKAAT? 20 RAKAAT?

Sepanjang aku merantau di seluruh Malaysia nie...sebenarnya ada beberapa cara Solat...sambung nanti.....
-------------------------------------------------
5) KPLI AND KEPUTUSAN?

Tuesday, October 11, 2005

8 Ramadhan already?? Apa yang kita dah buat sepanjang berpuasa setakat ini?? Yakinkah anda kita akan bertemu Ramadhan tahun depan??

1) Sedikit Ulasan Kuliah Ramadhan Semalam..
Jgn terkejut soalan di atas...sebenarnya, itu salah satu daripada extract kuliah Ramadhan semalam di surau aku....serba sedikit mengenai isi kuliah berkenaan...(maaf, tak catit kat kertas, so, ingat apa yang diingati dan difahami sahaja).

Ustaz baca surah Al - Asr (Masa).

a) Ustaz tegur..kata, kebanyakkan orang baca surah Al- Asr..bila nak berhenti, tak dibunyikan huruf 'ra'....cuba kita tgk balik surah Al-Asr tu....diakhiri ngan huruf 'ra' kan..so, kena bunyikan walaupun slow je...:)

b) Ustaz ulas Ayat Surah Al -Asr (Masa)

"Demi Masa, Sesungguhnya Manusia berada dalam Kerugian"...

Dalam Konteks Ramadhan...Kita, berada dalam Kerugian...Kenapa?

i) Kerugian dari Hubungan Suami Isteri

- Pada bulan2 lain, kita suami isteri jarang makan bersama...kekadang sarapan kat opis, balik makan dulu.. Pada Bulan Ramadhan nie....BERSAHUR BERSAMA, BERBUKA PUN BERSAMA...masing2 nak balik awal, nak berbuka bersama keluarga...:).....kan bagus RAMADHAN nie...

- Pada para Isteri or Suami...Ingatlah...SEMASA PUASA MEMANG TAK LEH 'BERSAMA/BERJIMAK'....tetapi pada malam hari..dah BOLEH...
Maka, takkan nak beribadah sepanjang malam, MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB BATIN...

Ingat la...Bersama/Berjimak/Bergurau senda DENGAN ISTERI/SUAMI PUN DAPAT PAHALA..IBADAT gak tau...;)

- Solat Berjamaah...bila lagi nak SOLAT BERJAMAAH....walaupun si SUAMI LEBIH BAIK SOLAT DI MASJID/SURAU..and SI ISTERI di RUMAH..tetapi JANGAN DILUPA...satu makna ayat Al-Quran..

"PELIHARA KELUARGA KAMU DARI API NERAKA"

Maka, dalam 7 hari tu....PROVIDE MASA SOLAT BERJAMAAH Bersama ISTERI, KELUARGA....PASTU, SI SUAMI Minta la Ampun dan Maaf kepada Isteri dan juga sebaliknya...

Takkan nak tunggu HARI RAYA JE NAK MINTA MAAF?? Boleh ke ANDA PASTI/CONFIRM suami / isteri anda akan ada sampai HARI RAYA? Maka , bagus minta maaf tiap2 hari....

Banyak lagi isi dia..aku lupa....sorry.....

cuma extract lagi..

Si Ayah..kena check Anak-anak/ Isteri .....SOLAT ANAK-ANAK, Kena check..
DIA TINGGAL SOLAT ke?
DIA BUKA AURAT ke?
semua tanggungjawab kita as IBU BAPA..

Kalau boleh, Masak kat Rumah Juadah Berpuasa....bukan apa..kalau pergi pasar Ramadhan...kurang lagi PAHALA puasa Kita...mana taknya....asyik tertengok ORANG2 yang pakai teruk/seksi/ etc di Pasar Ramadhan.....bertambah kurang pahala puasa kita......takut jadi Puasa Orang Awam je....hanya Lapar dan Dahaga sahaja.......

Masa masak, boleh la si ISTERI/ IBU berzikir gak...:)
Masa gi kerja, NAIK KERETA ....berzikir ....

Puasa, mendidik Bersabar, Berhenti Merokok....

2) Ulasan TV Sekeliling..

- NTV7 dah siarkan Episod 1-4 SURVIVOR 11 - Guatemala...Minggu ni, Jumaat or sabtu sepatutnya disiarkan EPISOD 5, selari dengan Amerika sekarang...
Cuma harapan aku, Tolong la letak kul 10.10pm ...or paling teruk pun 11.10 pm....tolongggg la....aku takleh jaga lambat sangat....bini aku nak 'bantal peluk' la...dia tidur awal....;)

- Komen Producer Mencari Cinta..dah tamat Ahad lalu...:)

"
Berakhir juga Mencari Cinta selepas 6 bulan bertungkus lumus. Actually ni ada sikit insider story utk you...so you tahu macam mana pengumuman pilihan Elly dilakukan (behind the scenes). Personally saya tidak mahu tunjukkan babak pemilihan Elly kerana Zul pernah melalui proses elimination pd episod ke-7 so tak perlulah dia melaluinya sekali lagi...malah sewaktu rakaman masa Elly cakap "Dan orang yg saya pilih adalah..." saya terus jerit Cut ...so kiranya crew pun tak tahu keputusan Elly...tension juga crew masa tu...ye la dia orang pun ta tahu apa kesudahannya.Akhir sekali pengumuman dilakukan pd malam yg sama secara tertutup di antara kami berempat. Kami berborak and then Danial&Zul tunggu di tempat lain dan Elly beritahu saya pilihan dia...dan selepas saya dptkan kepastian ...saya dapatkan Zul utk bertemu Elly untuk dengar keputusan...masa tu saya tunggu dgn Danial. Dia suspence mcm biasa dia la. After that baru Danial tahu yg dia pilihan Elly. Story ni ekslusif utk your website and Jiwa Rasa...sebagai tribute bagi mereka yg memahami objektif saya menerbitkan Mencari Cinta. Well we'll see if there's a 2nd season. Akhir kata selamat berpuasa...masa perjalanan dunia pun semakin hampir ke penghujungnya...elok kita semua menggunakan masa yg masih ada ini untuk berbakti, memperbaiki diri dan mengharapkan syafaat Rasullulah (saw). Take care bro...And May Peace Be With You!The Producer 10.07.05 - 12:55 pm #


- Sabtu Pagi & Ahad Pagi, TV2....Ada KEMBARA RIA MALAYSIA..bersama ISMA ALIF...best gak..sekarang dia still di CAMERON HIGHLANDs....cuma satu je....setiap episod, ada je segmen dia buat lawak bodoh dia...:))

- TV1 dah ada cerita KENALI ULAMAK MALAYSIA..pengacaranya M.RAJOLI...now, area kul 630pm kot, and pagi kul 5.30am (Isnin, Ahad)....bagus rancangan tu.....ramai kita tak kenal ULAMAK kita sendiri..yang Kita KENAL??

M Jackson, Bruce wilis, Siti Nurhaliza, etc....kekkeke...sama la kita...;).....sama -sama mengambil peluang bulan Ramadhan nie..sama-sama berubah ke arah yang lebih baik....

Ok, that all...Happy Ramadhan and Don't Forget....Tinggal lebih kurang 23 HARI sahaja Lagi RAMADHAN.....sama -sama kita berusaha ambil peluang buat AMAL IBADAH banyak-banyak di bulan ini....Takut tak sempat jumpa RAMADHAN tahun harapan...

Wassalam....


Wednesday, October 05, 2005


WINNER OF MENCARI CINTA1, SUPERMARKET PALING BAIK, and SELAMAT BERPUASA MENYAMBUT RAMADHAN & TIPS..;)

A) Winner of Mencari Cinta1 = Daniel.

hehe..thanks mr producer..berjaya lagi teka betul..

Cuma semalam, takda pun tunjuk penonton, peminat setia MC1..asyik tunjuk peserta je...

ingatkan nak buat cam The Bachelor tu..dengan peminat bertanya soalan..ke pasal tak ramai peminat/penonton yang datang?..

Anyway..instinct tu bukan apa...pasal kalau baca klue yang dalam akhbar,promo MC...

memang menjurus kepada Advantage Zul.

Tapi selalunya stail Reality ni..dia suka pusing2 sket, twist, Red Herring orang kata..

so, kena fikir di sebaliknya gak...that's all...thanks again mr producer kerana melawat blog nie..

Lepas nie, Explorace 3 la pulak (tapi thn depan tuh)..or Aspirasiku TV3..nak?....

Aspirasiku Olay TV3, for me, maybe Yang Pakai Tudung berkulit cerah/putih / comel yang akan menang....pasal trend TV3 now mcam tu....kalau tak pun, Yang Free Hair berkulit cerah/putih / comel (pasal Pemenang 1, Fifi dah bertudung )

B) Supermarket Malaysia Paling Baik

Cuba teka..antara supermarket2 di Malaysia ni, yang mana satu paling baik?..Carrefour? The Store? Giant? etc??

In my opinion = MYDIN.

Why?
(Kekadang singgah mydin Sinar Kota (dekat ngan Puduraya) bila nak naik Genting Highlands ke, gi mana2 ke...murah di Mydin, mahal di Genting...so, based on my observation la)...

1) Supermarket Pertama Menyiarkan Azan bila masuk waktu..dan juga memasang kekadang bacaan al-Quran...ada supermarket lain buat cam tu?? Pasang lagu muzik ada la..

2) Supermarket Menyediakan Barang2 Harian disamping keperluan Ibadat seperti Kain Pelekat, Songkok, Telekung, Sejadah, Buku2 Agama, Tasbih, etc....ada supermarket lain cam tu?

3) Supermarket Yang menyediakan Penyambut Tetamu di Setiap TANGGA, 3-4 orang pekerja akan menunggu di tangga, dan mengucapkan "SELAMAT PAGI..., Beri Salam" kepada pelanggan yang datang..terkejut kucing aku hari tu masa singgah kejap pagi sebelum naik genting main theme park....:)..

4) Murah...

5) Masa Bekerja sampai 8malam sahaja...maka pekerja mereka pun ada masa untuk keluarga....


3) Selamat Menyambut Ramadhan dan selamat hari raya..

Aku ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada semua yang beragama Islam.....

Semoga Ramadhan tahun ini, kita semua dapat buat pahala sebanyak mungkin..

Bye...


Ps...sedikit Tips for bulan Ramadhan...teringat kata Dr. @ Ustaz Jamnul Azhar Mulkan hari tu......Malam-malam, selepas solat tarawikh...masa ni la Untuk Bersama SUAMI ISTERI...pasal masa ni HORMON/ GENETIK SI SUAMI BAIK pasal bulan puasa kan...so, kebarangkalian mendapat ZURIAT yang BAIK/BERIMAN lagi tinggi....;)......sama-sama kita cuba.....Dapat pahala gak tau....;)