<$BlogRSDUrl$>

Wednesday, November 30, 2005

Rayuan kepada MOE/KPM CEPATKAN RESULT KPLI JAN 2006 KEPADA HUJUNG NOVEMBER (MINGGU INI) OR AWAL DISEMBER (MINGGU DEPAN)..

Surat ini sebenarnya dipost ke MOE website..cuma tak lepas (for the time being), maybe pasal aku over sket kot..

Tapi thanks kepada admin kerana lepaskan komen aku yang lepas-lepas...

Kepada Adli @ deli.

Boleh saya tolong jawabkan?
(terima kasih sekalung budi kepada pentadbir buku pelawat)..:)

---------------------------------------------
1. Bila agaknya keputusan KPLI hendak dikeluarkan?

Jawapan saya : Dalam Jadual Asal KPLI, 29 Disember 2005 dan mendaftar masuk Maktab 7 Januari 2005 (Lebih kurang 1 minggu sahaja).

-----

--------------------------------------

2. Adakah pihak Kementerian tidak membaca komen yang di beri oleh pembaca di laman komen ini? Nampaknya tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian.

Jawapan saya : Saya pun tidak tahu. Pendapat saya, mereka mungkin membaca, sekadar hiburan di masa lapang sahaja rasanya..:). ataupun mereka pun tidak dapat berbuat apa-apa kecuali dengan arahan terus dari atasan.

---------------------------------------

3. Mengapa keputusan KPLI tidak keluar pada bulan November?

Jawapan saya :
Kalau awal November, saya rasa tidak logik kerana calon-calon rayuan ada temuduga pertengahan Oktober. Selepas itu, musim raya, ramai yang bercuti. Maka, secara logik, keputusan seawalnya Hujung November.

Cuma saya berpendapat, mesti KPM@MOE akan ada 2-3 kali tapisan sebelum keputusan sebenar dikeluarkan. Maka, nak mengumpulkan para pegawai dalam satu masa bukannya senang, itu yang lambat tu..;)..

Maka, diletakkan 29 Disember 2005.

Tapi bagi kami yang bekerja (nak merayu lagi) ..29 Disember tu lambat sangat.
(kepada calon yang tidak bekerja rasanya tidak apa kan, jgn marah)..

Kalau keputusan keluar hujung November(Minggu depan ke) atau awal Disember, syukur, alhamdulillah.

Diulang kembali hujah-hujah kenapa perlu awal.
-----------------------
1) Notis di Syarikat Swasta kena bagi 1 bulan atau lebih. Kalau seminggu je notis, kami kena bayar balik denda langgar kontrak.-> Duit dan masa rugi.

(Nota: Kalau MOE tidak tukar jugak, kepada yang bekerja, bersedia dengan surat berhenti kerana 29 Disember tu, hari Khamis. Minggu depan tu dah cuti panjang sikit. So, kena hantar surat berhenti Khamis tu juga atau Jumaat 30 Disember. Jangan HR pun cuti, parah)

2) Cagaran Sewa Rumah. Kalau seminggu je notis, kira 'terbakarlah' cagaran sewa rumah kami sebulan@lebih..banyak tu.- > Duit dan masa rugi.

3) Persiapan. kalau peserta dari Semenanjung dapat di Sabah, kena beli tiket, kena uruskan hal berhenti, kena uruskan hal rumah, dan pelbagai lagi dan sebaliknya. -> Duit dan masa rugi.

4)(Hujah lucu sikit) Ada sahabat saya , tidak dapat 'bersama'@tidak bersungguh-sungguh mendapatkan cahayamata selagi si isteri tidak dapat keputusan KPLI, kerana nak masuk KPLI tidak boleh mengandung.

Cuba bayangkan jika tuan/puan dari KPM@MOE dalam kasut kami. Mesti payahkan/susahkan. Tolong lah cepatkan keputusan KPLI tersebut.


Terima kasih sekalung budi.



Doa
-----
Ya Allah, Kau Percepatkan la Keputusan KPLI 2006 kami...

Bantu la kami, lembutkan hati para pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia, agar mereka mengeluarkan Keputusan KPLI awal ..

Kami amat-amat mengharap, kerana kalau keputusan keluar seperti jadual asal, kami ada banyak masalah nanti..

Ya Allah, Kau Percepatkan la Keputusan KPLI 2006 kami...

Perkenankanlah doa kami,

Aminnnn..

1) Most Beautiful (MB), 8Tv, 9.30pm,Khamis...
Lagi Teruk Dari Mencari Cinta????


Kenapa Most Beautiful tidak dikutuk oleh ramai orang??? Kenapa ahli parlimen tidak mengutuk Most Beautiful?? Kenapa ??

Kenapa Aku Rasa Most Beautiful Lagi Teruk Dari Mencari Cinta (MC telah diserang banyak kali!!!)-ni komen aku berdasarkan episod semalam yang aku tertengok..

1) MB MELAMPAU/MENGGALAKKAN PERGADUHAN.

Kenapa?
Selepas mereka buat rambut, peserta memakai tudung memberi komen KEPADA KAMERA, kisah peserta yang rambutnya teruk (pada pandangannya).

Pastu, diselangselikan peserta yang dikutuk, MARAH KEMBALI KEPADA KAMERA Kepada Peserta Bertudung kerana DIBERITAHU mengenai kata-kata PESERTA BERTUDUNG.

Soalan SAya? Bukankan APABILA BERCAKAP DI HADAPAN KAMERA, SUPPOSELY PRIVATE?? HANYA FOR PENONTON TV..bukan untuk disebarkan KEPADA PESERTA LAIN!!!!

Kalau disebarkan, umpama MENCARI GADUH!!.

KAlau disengajakan PENYEBARAN tersebut, memang PENERBIT MB MEMANG MENCARI KONFLIK..dah melampau.

Cuba bayangkan kalau PESERTA SURVIVOR or APPRENTICE MENGUTUK/MEMBERI STATEGI MEREKA DI KAMERA, then orang lain tau...kang akan jadi PERANG BESAR!!...


2) MB ADA KAMERA TERSEMBUNYI DI BILIK TIDUR PESERTA!!!!

Ni lagi teruk dari Mencari Cinta, yang hanya membuat Serbuan Subuh hari ke bilik peserta...

di MB semalam, mereka menunjukkan beberapa slot Kamera di atas Bilik tidur PESERTA, dengan PESERTA memakai pakaian tidur(Seluar Pendek, etc) sahaja!!!! Ini dah MELAMPAU!!!

Dah setaraf dengan BACHELOR? AVERAGE JOE????? DAH SAMA NGAN BARAT????

KENAPA ORANG TAK MARAH PUNNNNN??????????
raya2020 | 11.24.05 - 8:13 pm | #

Kedua..

Semalam, berita UTUSAN MALAYSIA, mempromosikan RANCANGAN-RANCANGAN FILEM MENARIK DI TV2 AKHIR TAHUN INI...di HIGHLIGHKAN 3 FILEM SAHAJA!!

a)RUSH HOUR 2 (RH2)
b)MASTER OF DISGUISE (MOD)
c)LORD OF THE RING 1(LOTR1)

Tentang RH2 and LOTR1, tak dapat dinafikan, memang best dan BOX OFFICE seluruh DUNIA.

Tapi MOD????? Kalau tengok kat Yahoo or Internet Movie Database (imdb.com).....MOD antara CERITA YANG RATING DIA TERUKKKK!!!!

Persoalannya,
1) Kenapa Pergi PROMOSI MOD ?? Memang RTM suka MOD ke, or Wartawan Utusan suka MOD ke, Or SOMEONE tak buat keje rumah???

2) Mengapa dari banyak filem, nak PROMOSI MOD, instead of HARRY POTTER 1 pada 24 disember nanti?? Bukankan HARRY POTTER lagi BOX OFFICE and REVIEW BAGUS dari MOD???

Pening aku..sama ada diorang memang suka CITER LAWAK BODOH , or DIORANG TAK BUAT KAJIAN/HOMEWORK dulu...
raya2020 | 11.24.05 - 8:18 pm | #

3) Kisah Rakaman Video Bogel Hangatkan Parlimen..

http://www.utusan.com.my/utusan/...ri&pg=dn_01.htm

Pelik kan..yang peliknya, siap ada berlatarkan ayat Quran lagi tu...pelik..

"Ia menunjukkan seorang anggota polis wanita bertudung dengan berlatar belakangkan suara orang sedang mengaji al-Quran mengarahkan tahanan wanita tersebut melakukan ketuk-ketampi dalam keadaan bogel sebelum memintanya memakai kembali coli."

Taknak komen banyak..biar polis buat siasatan betul....

cuma, kalau nak tgk gambar jelas skeett dari rakaman video tu..cuba tgk website ini..tak tau kalau dah dibuang ke tak...

http://www.malaysiakini.com/fram...pCLXobQ+AF3ZBT/

Ps..dah kena sensor dah..ekekkeke..nasib baik jeff cepat-cepat sensor....kang dosa lak aku ni suh orang tgk benda XXX....
raya2020 | 11.24.05 - 8:25 pm | #

4) Berita Baik...Apprentice 4...4 Disember Ini (Tv3)....ada iklan dalam The Star hari ini..

TERIMA KASIH TV3....


5) Kenapa PROMO NTV7 for SURVIVOR 11 GUATEMALA (Penaja Syarikat Pencil Kot), tulis 11.15pm, Jumaat???

Padahal Sebenarnya, NTV7 menyeksa penonton kerana tayangan sebenarnya kul 11.50pm!!!!!....NTV7 tipuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....

Kesian la kat aku wooittt....aku nak kena tidur, teman bini aku nie....letak la awal sket.....:P:P:P:P:P:P:P:P:P:P
raya2020 | 11.24.05 - 8:30 pm | #

Tuesday, November 22, 2005

1) Rancangan di RTM1 & RTM2 = Great Improvement

Wow, rancangan RTm1 & Rtm2 dah improve. Yang menarik perhatian aku..

a) Movie Hujung Tahun= Rabu 10 malam, Tv2..
Ada Harry Potter 1, Lord Of the Ring 1, Spiderman 1..to name a few....memang canggih...selalunya Tv3 or NTv7 yang tayang citer cam nie....:)...






















Harry Potter 1: 24 Disember, RTM2.....picture above is HP3....:)
(picture from www.mugglenet.com)

b) Semalam lagi terkejut....aku sedang nak layan Lost 8Tv, 9.30pm...kul 9mlm, gi la buka semua channel kan..;)..biasala lelaki kan.....terkejut aku Tv1 ada rancangan Inggeris...kul 9malm lak tu......tgk2...citer NUMB3RS (http://www.tv.com/numb3rs/show/25043/summary.html).. citer ni yang aku nak promosi kepada SEMUA CIKGU MATEMATIK kerana siri ini MEMPROMOSIKAN FORMULA MATEMATIK DALAM MENYELESAIKAN MASALAH...

Aku harapkan Tv3 ke, 8Tv ke akan tayang citer nie...rupanya RTm1 tu...


Alamak, nak dekat 1jam dah....nanti sambung..bye..

Monday, November 21, 2005

Hello.

I want to review on Harry Potter and The Goblet of Fire.


(picture from www.mugglenet.com)

Short = WOW, what a movie.

I will update soon.

-------------------------------

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat semalaysia.Maafkan saya menulis lagi di sini, pada hakikatnya, hati ini sudah tidak sabar-sabar menanti keputusan KPLI ini. Hatiku sudah tidak keruan memikirkan pasal keputusan KPLI. Izinkan saya menulis sedikit untuk menghilangkan rasa resah ini.

Rayuan Berkali-kali kepada MOE@KPM agar Keputusan KPLI dicepatkan sebulan lebih awal (Pertengahan @ Akhir November 2005/ Awal Disember 2005).
-----------------------------------------------------

Di sini saya tuliskan beberapa sebab bagus keputusan awal. Tolonglah kami. Tuan-puan juga yang inginkan Guru-guru KPLI / Lain tidak menganggap Profesion Guru sebagai pilihan terakhir kalau tidak ada kerja.Maka, kami ni kebanyakkan telah bekerja, maka, tolonglah berikan sedikit masa kepada kami dengan mengeluarkan keputusan awal.

1) Kebanyakan calon KPLI yang telah bekerja perlu memberi notis Sebulan. Kalau kurang dari itu (anggaran seminggu dalam jadual MOE), ada antara kami terpaksa membayar kembali jumlah gaji kerana dianggap melanggar kontrak. Dan saya dengar, selalunya elaun KPLI akan dimasukkan hanya 3 bulan selepas masuk KPLI. Maka, akan bertambah derita para bakal guru ini. Dah la kena bayar denda syarikat yang mungkin menghampiri sebulan gaji, kena pula mengikat perut 3 bulan selepas masuk KPLI. (bagaimana dengan anak bini kepada yang dah ada? Memang berkorban, cuma kalau boleh elakkan, lagi bagus dan membantu)

2) Kebanyakan calon KPLI telah menetap lama di satu tempat kerana telah lama bekerja. Maksudnya, mereka telah berkeluarga dan membeli barang-barang keperluan rumah, ada yang menyewa tetapi barang penuh di rumah dan sebagainya. Maka, kalau hanya diberi notis seminggu dan mendapat maktab yang jauh dari rumah, bagaimana kami ingin memindahkan barang-barang rumah dalam masa seminggu, bagi yang menyewa sahaja, seperti saya (perlu diingat, kami kena bekerja juga seminggu tersebut kerana ingin mengurangkan jumlah denda yang kena dibayar).Ditambah dengan 'terbakarnya' duit cagaran sewa kami sebanyak sebulan.

Tolonglah kami, wahai Pembuat Keputusan yang baik hati dan bertimbang rasa.

Persoalan Mengenai Cuti - Cuti Guru
---------------------------------------
Maaf, saya kurang faham. Bukankan guru cuti bila pelajar cuti sekolah? Atau itu dikira hari bekerja juga? Adakah guru mendapat cuti tahunan sebagaimana pekerja kerajaan di sektor lain? Saya tidak faham mengenai perkara ini. Ada sesiapa ingin membantu?Sekian, diharap pihak Kementerian Pelajaran mendengar rintihan/rayuan kami dengan Mengeluarkan Keputusan KPLI awal.Wassalam.

Friday, November 11, 2005

Cipta Rekod Baru di Hari Raya, Cadangan Best/Bagus (aku rasa la) Kepada Media Prima,pemilik TV3, NTV7, 8TV, Ch 9 & Mencari Cinta - Cadangan

Assalamualaikum..10/11/05.
Seperti yang ditulis semalam, aku try catit dulu kat sini, nanti bila aku gi CC, boleh aku update blog aku yek.

A) HariRaya
----------------

1)Ramadhan & Syawal tahun ni cipta sejarah to me.

a)Bulan Paling Banyak Gi Surau.
b)Bulan Paling Banyak Dengar Kuliah Agama di Surau.
c)Bulan Paling Banyak Berbuka Puasa Bersama Isteri On Time.
d)Bulan Paling Banyak Solat Subuh berjamaah di Surau.
e)Hari Raya yang sibuk dari pagi hingga ke malam.

Aku harap perkara ni berlanjutan selepas ini. Seperti ada kata-kata ulamak rasanya dalam Khutbah jumaat lepas..

"Barang siapa beribadat kerana Bulan Ramadhan, maka dia hanya akan beribadat dengan banyaknya pada Ramadhan sahaja..

Barang siapa yang beribadat kepada Tuhan Bulan Ramadhan, maka, dia akan beribadat sepanjang tahun kerana bulan-bulan lain pun hak Tuhan yang sama..."

Selamat hari raya kepada sahabat-sahabat semua yang sudi melawat blog saya ini. Maafkan kalau ada tersalah silap di blog ini.

ps..kepada Tuan Producer MC, sekadar cadangan kasar, leh tak kalau tetiba sebulan -dua ni kalau saya tetiba diberhentikan keje, saya keje jap ngan Tuan Producer..:D..kekekkeke....sementara dapat keje baru..

----------------------------

B) Cadangan Best/Bagus (aku rasa la) Kepada Media Prima, pemilik TV3, NTV7, 8TV, Ch 9...

Banyak pendapat dalam perkara ini, ada yang rasa monololy and ada yang rasa akan lagi teruk tv free kita...for me, saya nampak banyak peluang yang nak menceriakan lagi TV swasta free kita..

a) Wujudkan Rancangan Game show..eg..Reality Explorace Inter-TV
di mana wakil-wakil Pengacara2 dari setiap Stesen masuk bertanding..adakan 4 Episod...Episod 1 di Tv3, (diulangtayang di Tv lain), Episod 2 di NTV7, Episod 3 di 8TV, Episod 4 di Ch 9..contohnya...mesti ramai yang suka..

b) Wujudkan sekali sekala ke..Inter-Cross Pengacara ke Siaran Lain...Eg..MHI (TV3) digantikan dengan 8Tv punya Pengacara - Marion ke...Quikie di 8TV digantikan ngan Nizal Mohamad ke..Siasat (NTV7) digandingkan Ally Iskandar dengan Wan Kamaruddin ke....the posiblity is endless..

c) Promo Inter Tv - seperti yang dijalankan sekarang di TV3&8TV..inter promo di 4 stesen tersebut..Rancangan2 dari stesen lain gak..(macam dalam Astro sekarang)

d) Anugerah 4 Stesen TV....payah kan kalau nak TV3 buat for their own je...so, gabungkan 4 stesen Tv tersebut, and buat anugerah ala-ala Anugerah Skrin Tv3.. boleh jadi adik kepada Anugerah Seri Angkasa RTM yang dah jadi Anugerah TV Nasional...

and boleh buat hari keluarga bersama...

e) Promote Rancangan-rancangan menarik/gosip, preview rancangan-rancangan baru di Melodi Tv3 ke, MHI ke, Morning (NTV7) ke....keempat-empat stesen..tak payah now cam 8TV mengharapkan MHI (TV3)nak promote rancangan diorang je..

Posiblity is endless...tambah lagi ngan NSTP, Fly.fm, etc semua anak syarikat Media Prima...Wow..u all boleh dapat Integrasi yang RTM gagal lagi lakukan dengan jayanya dengan RTM1/RTm2/Radionya.....

-----------------------------------------------------

C) Mencari Cinta - Cadangan
---------------------------------------

Sebelum aku terlupa..

Ada lagi yang komen pasal MC nie..ingatkan dah habis selepas MC tamat...anyway cam nie jawapan aku..

Cinta sesama manusia memang ketiga...tapi memang tidak dinafikan semua orang bercinta kan? awak kawin ngan bini awak bercinta dulu tak? kalau tak, bercinta tak selepas kawin? Kalau bercinta...Mencari Cinta beri tip resepi Kebahagian ..eg, Kena Kenal and Ambil Hati Keluarga Pasangan, Kena Selami Hati Pasangan, Kena Pandai Berhias utk pasangan dan bukan harap pasangan je berhias untuk kita..etc..

and tuan producer..cadangan ulangan dari saya..

Utk lengkapkan Cinta Utama(No1) kepada Pencipta kita, and kedua, kepada Baginda Rasullullah S.A.W, apa kata, kalau ada lagi MC 2....

1) Bincang dulu ngan JAKIM boleh ke tak stail now/bagaimana stail yang sesuai....
seperti stategi Datuk Yusuf Haslam bincang dulu ngan POLIS untuk Gerak Khasnya..tu yang bila orang serang kata Gerak Khas tak sesuai jadi tajuk..Datuk Y.Haslam senang je menepis..

2) Masukkan 10 min/5 min rakaman Kursus Kawin JAKIM ke, or Kuliah Utz/Ustazah mengenai Cinta ke.. buat macam ala-ala konsep Kisah Benar/Necara Kisah Benar/Sayang Disayang....

3) Beri Tips di akhir siaran/ Panduan..cam na nak kawin / prosedur nak kawin yang betul..

contohnya, menjawab persoalan..

Sambung nanti....;)