<$BlogRSDUrl$>

Wednesday, August 24, 2005

MENCARI CINTA EDISI 23 OGOS 2005.
------------------------------------------

ULASAN AND PREDICTION WHO WILL BE THE ONE GUY..

Ok..memandangkan aku ada masa tonton Mencari Cinta semalam.. dah tinggal kepada 3 orang sahaja....maka, aku dengan ini, akan membuat deduksi, ramalam, prediction sapa akan menang Mencari cinta ini..siapa akan jadi The One Guy of Elly Heart.....

(mengikut sejarah, aku memang suka buat ramalan/deduksi kerana aku suka follow step of Sherlock Holmes, Detective Conan, 5 penyiasat, 3 penyiasat, hardy boys, nancy drew, CSI, dan juga penulisan Prof. Jeff Sadow kat REALITY NEWS ONLINE......)

First, komen semalam....
-----------------------
Semalam, Mereka pergi ke Berjaya Theme park dan diadili oleh family Elly...sila baca utusan malaysia hari ini utk full review...

Ada 2 orang terkeluar (aku ingat 2 minggu lepas dia akan buang 2 orang, rupanya minggu nie)..

1)Zulfakar :
--------

Walaupun begitu, Elly dalam komen dalam Utusan hari ini kata, dia agak kecewa kerana si Zul ni satu universiti dengan dia, dan satu zodiak...

Sebab Aku Rasa dia kena buang:

a) Dia hanya System Support Engineer.
b) Dia hanya biasa ..takda apa2...macam aku gak...budak baik
c) Dia sama level..meaning that, permata dia kurang bersinar..and muka dia agak muda dari Elly...
d) Family dia nampak biasa sahaja..so, better buang dulu sebelum Elly pilih dia....

2) Jauhairil
-----------

For me, dia ni cool..and selamba je..:)....aku ada kawan cam ni...best kawan ngan dia...selamba, tapi baik hati...berterus terang..tak pandai tipu2...:D

Sebab Aku Rasa dia kena buang:

a) Dia hanya Grafik Designer.
b) Dia hanya biasa ..takda apa2...
c) Dia Hisap Rokok...satu perkara yang family tak suka.
d) Dia rambut panjang...Abang2 Ipar ada Pakar Motivasi, Polis...tak ngam rasanya..
e) Mengikut teori aku..maybe Elly suka gak kat si Jauhairil nie..pasal pompuan suka jenis yang cam si Jauhairil nie.....but atas sebab2 di atas....Family dia better buang dulu sebelum Elly pilih dia....

Tinggal 3 orang....

1) Danny -
- Pegawai Kanan
-Budak Pakai Spek..
-berjaya ambik hati abang ipar dia yang 3rd tu...and bapak dia..
-Cool...memang budak baik pada pandangan aku...
-Memang cam alim...:)

2) Daniel -
- Undang2
- Nampak Cool but sometime gelabah
- But Matured.
- Nampak paling sesuai ngan Elly.

3) Khairul -
- Pengarah Urusan
- Hisap Rokok..
- Memang matured.
- Kekadang lambat datang, kekadang terpaksa gi outstation..
- Nampak sesuai ngan elly..

Antara 3 nie...perasan tak....mereka telah membuang peserta2 lain yang kureeng dari segi Pekerjaan...yang tinggal....Pegawai Kanan, Law, Pengarah Urusan.....how are KEBETULAN??..;)

Ok..Prediction aku...

1) Mereka bertiga memang power-power orang nya....memang sesuai ngan kedudukan mereka...

2) Cuma, for me, aku rasa, Daniel & Khairul akan jadi the last 2...

3) Lastly, Daniel akan menang kerana

-Khairul (Hisap Rokok, Kesibukan akan menyebabkan Elly ditinggalkan selalu, terlalu matured).

Official dari aku : Daniel akan menang PERTANDINGAN MENCARI CINTA 1....

ps...Danny, aku anggap macam The Dark Horse here..meaning that...walaupun dia aku pilih no 3..but kalau Family dia dapat psiko Elly...for sure, maybe besar kemungkinan Danny akan menang.....

but, pandangan aku..si Danny akan 100% kalau si Elly pakai tudung...but, now, dia tak pakai lagi..so, dia hanya no 3 sahaja...kecuali family si Elly datang psiko Elly....

That's all.

"Ni hanya pendapat saya dari Segi Rancangan Reality ini sahaja....bukan niat nak mengutuk sesapa, or nak mengumpat sesapa, or etc...."

Tuesday, August 23, 2005

1 Bulan 5 hari telah berlalu..what's happened in my life and others stuffs..

A) MENCARI CINTA - TV3 - 9.00pm – Tuesday / Selasa

Now, rasanya dah episod 6 ke 7. Si gadis Elly, direbut oleh now 6 or 5 lelaki bujang yang hensem.

Banyak komen dari pelbagai pihak mengenai rancangan ini dan juga secara general rancangan Reality. Even dari Timbalan PM,dan juga dari Mufti2, golongan ulamak, penceramah agama, etc....

Nak komen dari segi hukum-hakam, not my bidang. Boleh baca pandangan mereka yang berkuasa mengenai perkara itu.

Cuma, dari satu lagi sudut pandangan, dari half of me yang suka 'Reality Show', macam aku tulis dalam comment di bawah artikel lepas tu..di Malaysia nowadays...mereka mengadaptasi budaya 'Wasatiah' @Wasatioh a.k.a BERSEDERHANA a.k.a. Middle Approarch....

..maybe mengikut yang sebenarnya, maksud Wasotiyyah adalah bersederhana dalam Islam..contohnya..(maafkan/tegur kalau salah ye)

-Umat Islam lelaki diwajibkan tutup aurat dari pinggang ke lutut. Tetapi mereka selalu pakai seluar panjang/baju kemeja panjang...maka, mereka telah bersederhana..kerana, paling maksimum, maybe berkelumbung whole body??? - ada ke?

-Umat Wanita Islam diwajibkan tutup aurat semuanya kecuali tapak tangan dan muka. (Minimum)..so, Wasotiyyah/Bersederhana di sini kalau mereka nak buat, pakai purdah dah dikira Bersederhana.... kerana, paling maksimum, maybe berkelumbung whole body??? - ada ke?

Cuma secara general, rakyat di Malaysia….bersederhana bermaksud…eg.

-Siti Nurhaliza dikira bagus kerana, disamping suaranya merdu, dia juga baik, sopan santun, walaupun dari segi hukum dia tidak memakai tudung..

Bagus dari artis2 pompuan lain yang bila bergambar, nampak LURAH dendam, berpeluk..nampak peha, etc….

-Mawi, dikira bagus, kerana memang sebelum masuk AF3 pun, dia mungkin gi Audition jadi Bilal…and dia terrer mengaji, etc….walaupun, now, dia jadi Artis Baru Paling Popular, and ada gak pegang wanita bukan muhrim kena terpaksa menari (esp. ngan Marsha)

Bagus dari some of artis2 lelaki lain yang baca quran pun maybe tak reti?? Sentuh selalu wanita lain, posing pun dalam kolam mandi tak berbaju (majalah mangga ada kekadang)..

So, kira ok la bab Mencari Cinta nie…..

-Ada Muhrim sekali, ahli keluarga pun turut sama menyertainya…and jumpa family si wanita, join kenduri keluarga si wanita, etc….

Dari ada yang REALITY dunia ini ….
ada yang kawin tanpa NIKAH…
ada yang kawin tanpa restu mak ayah dan family,
ada yang kawin kat SIAM,
ada yang kawin tanpa mak ayah kenal si jejaka/wanita…etc

So, rancangan ini salah satu konsep untuk mendidik IBU BAPA/KELUARGA agar mereka menyiasat, berkenal2 lan dulu dengan bakal calon si anak….

Pasal ada family yang tak tau nak buat apa apabila si anak mereka yang disangka masih kecil, dah cerita pasal boifren, girlfren…..

Dah..cukup pasal tu….

Note kaki A:

1) Baru2 nie, masa makan kat Ampang, ternampak 2 jejaka Mencari Cinta…yang Budak Technician Komputer and yang pakai spek mata tu…dah jadi selebriti dah sekarang..tapi cool je….maybe orang kat ampang sama ada buat tak peduli ngan celebriti or mereka tak tgk cerita mencari cinta tu….kekekkek

2) Balik Utara hari tu…ternampak poster Dr Asmadi (Abang Ipar Sulung Elly) kat Tol Ipoh Selatan..kan dia tu pakar motivasi …

3) Masa si abang buat Ops Solat Subuh (diCover Ops Ajak Sarapan), memang kecoh….nasib baik Joe Labi lulus…tapi sapa yang menang nanti…..balas la balik…

Panggil cameraman TV3/Mencari Cinta/guna kamera HP….gi buat spotcheck masa family gathering kat rumah…tgk mereka tu bangun gak tak solat subuh….kekekekekek…Ops Balas …kekekkeke..

4) Kesian Joe Labi…..tapi aku tgk/pandangan aku la….Joe Labi and Elly tu, memang tak da match….pasal si Elly tu stail Metropolitan sket….si Joe Labi ni stail lama/klasik (nama pun Labi)….so, memang tak sesuai..si Joe pun nampak baik giler..sopan santun..maybe ustazah pakai tudung labuh lepas ni akan jadi isteri si Joe Labi…..Aminnn…


5) Wah..saudara Hasrul (2nd Episode) datang melawat blog aku…thanks..ada gak orang famous datang melawat…..:)..( hasrulandy.fotopages.com)



B) IDEA CEREKARAMA / DRAMA SWASTA / CERPEN / KISAH BENAR (idea yang aku dapat dari mimpi ngeri aku)..->

” JIRAN YANG MENGGERIKAN / SCARY NEIGHBOUR”


Ada pelbagai jenis mimpi….
ada mimpi biasa (Dream)

ada mimpi basah (Wet Dream) – banjir or tot..

ada mimpi ngeri (Nightmare)

ada mimpi ngeri yang basah (Wet Nightmare) – istilah Reviewer The Star – Mimpi hantu, tapi hantu tu cun giler….:D

Cuma semalam..aku mimpi ngeri…..sebenarnya, yang aku faham, kalau mimpi ngeri..sampai terjaga dari tidur or terjerit2 dalam tidur (like me..)…bila dah terjaga.istigfar….bangun, ambil wudhuk..solat sunat 2 rakaat..pastu tidur balik…and kalau leh, jgn cerita kat orang…

Cuma aku ni manusia biasa ..so, aku tidur je balik lepas peluk bini aku…kekekekk…

Anyway…walaupun takleh cerita kat orang..aku just nak share kat sini pasal rasanya ok gak mimpi aku tu….

“Jiran Yang Menggerikan”

- Pasangan suami isteri baru kawin…masuk rumah….Pasangan A(PA)
- Ada jiran ..Jiran Ngeri (JN)
- PA nie..pasal baru kawin kan…suka la gelak2 dalam rumah…senyum sentiasa..happy memanjang….and si suaminya…rajin Bantu isteri kat rumah…maklumla tiada orang gaji….sidai baju, etc…(ambik sample Hj pagi tadi)…
- Pastu, jiran sebelah (muka dia sebijik cam muka Neng / Pembantu rumah yang aku baru melawat semalam)…tgk2..jenguk2…
- Last2..dia (JN) datang kat PA…..and mengugut!!!

“Korang nie..tension aku @ kami tau!!!!...Kalau suka hati / gembira..jgn tunjuk kat orang ramai!!..jgn gelak selalu…jgn senyum selalu!!!....

Kami ni dah lama kawin..boring je hidup kami, kami selalu bergaduh…tapi ..….tapi kerana kehadiran kamu, kami rasa kami dihina!!! Kami dah jatuh standard!!!

Kenapa??

Kerana Kami ni telah dibandingkan ngan korang la!!! Korang Happy, kami tak!!!!.....So, now, korang nak pindah @ nak jadi Pasangan teruk macam Kami ke?!!!

Sambil mengacukan pisau kpd PA…

Terus aku jerit2 dalam tidur pastu terjaga!!..

Ngeri kan….

3) MY LIFE..

Anybody who know me, please pretend that you don’t know me yeah…

a) I miss my previous team and friends…in my new place..there’s no body I can speak just like before….there is my friend here, but she’s quite busy and looks like she already blossom to a management type….so, macam dia tak peduli for me dah…so, I really miss them..
b) I miss my previous environment….now I know this theory..

i) Big Company – Got methodology / strong structure / based on many people.
ii) Small company – Got little methodology / weak structure / based on a few people only.

Something like, Big Company is an evolving company from Small Company..

So, if you already join/want to join Big company…you just only need to know the system there/ methodology/ structure there..then follow your path..

But in small company….because there is no or little methodology / weak structre..and the fact that the company circle around a few people only….so, If the few people is ok ..then, u are ok…..but if the few people is NOT OK….then..ooooo….RED ALERT….

So, most of the disadvantage of a SMALL company is Management/ Stail of Managing the company and so on….big company also has this issue..but it more hurts it the company is small…..it will effect all…!!!..including the people of the bottom of the structure a.k.a KULI.

But if you can manage to get out of this trap, and go for your best…in the small company, you likely will be more fast going up the ladder…..but, hahahah..me????

Now, looks like I will start the suffering journey….like it or not…..That’s Life…..


Ps..One of the big reason of my departure from my previous company is not because my previous company bad..but, it is because I want to be less stressful for a while to try to get a ****, seriously…:(( ……we’ll see, what’s happened next…..but, looks like, last month not yet succeeded…try this month….InsyaAllah……


To be Continue..

Issues:

- MERDEKA & ISRAK MIKRAJ

*Tau kah anda, MERDEKA (31 Ogos 2005), dan malam tu, adalah MALAM ISRAK MIKRAJ (Malam 27 Rejab) ?

- MALAYSIAN IDOL? – Rakyat Malaysia Guna KUASA MEREKA UNDI YANG TAK POWER-POWER ?...kkekekkkeek….

*Nampak gaya dah tak banyak PESERTA MALAYSIAN IDOL 2 yang berbakat BESAR seperti di MI 1 (jac & dina).....banyak dah kena vote out..

Adakah ini PERMAINAN MASYARAKAT MALAYSIA YANG TELAH BIJAK MENGGUNAKAN KUASA SMS MEREKA?

ADAKAH INI PERMAINAN PEMINAT AKADEMI FANTASIA YANG MEMBIARKAN ORANG YANG KURANG BERBAKAT MENANG MI2....untuk digelakkan oleh mereka??

Jeng22....