Friday, December 22, 2006
Sedikit Nasihat Kepada Bakal Guru Pelatih KPLI 2007
Result keluar di MOE Website hari ini
http://apps.emoe.gov.my/kpli/
Sekadar nak berkongsi pengalaman dan pemerhatian aku (ni boleh dikaitkan dengan teori Vygotsky-Konstruktivisme persekitaran)...tak tau la kalau rasa berguna ke tak...
nanti aku cadang nak jadikan buku..ni 1st step untuk menghidupkan minat aku...:)....
kalau korang rasa berguna nasihat2, pemerhatian di bawah ini...alhamdulillah...boleh la sedekahkan 20 sen ke, 50sen ke tabung masjid atau kebajikan..:)..pahala dapat sama-sama...:)
1) Kena setkan minda untuk belajar dan mencari ilmu sebanyak mungkin...
Result keluar di MOE Website hari ini
http://apps.emoe.gov.my/kpli/
Sekadar nak berkongsi pengalaman dan pemerhatian aku (ni boleh dikaitkan dengan teori Vygotsky-Konstruktivisme persekitaran)...tak tau la kalau rasa berguna ke tak...
nanti aku cadang nak jadikan buku..ni 1st step untuk menghidupkan minat aku...:)....
kalau korang rasa berguna nasihat2, pemerhatian di bawah ini...alhamdulillah...boleh la sedekahkan 20 sen ke, 50sen ke tabung masjid atau kebajikan..:)..pahala dapat sama-sama...:)
1) Kena setkan minda untuk belajar dan mencari ilmu sebanyak mungkin...
- hanya 1 tahun, malah kurang dari itu...daftar awal jan..awal disember 2007 dah habis...maka, kena banyak timba ilmu dalam masa itu...tanya lecturer, rajin presentation kat depan
- perlu guna resourse yang ada untuk cari pengalaman..seperti baca buku yang ada kat pasaran seperti "Cerita-Cerita Motivasi Untuk Guru", "Cerita Motivasi Matematik" dan terbaru yang aku sedang baca sekarang "Mendakap Kasih Guru"....memang penting untuk anda tahu kehidupan sekolah, guru-guru agar anda tidak terkejut and letak harapan palsu yang akan menyusahkan anda, dan murid-murid anda nanti....internet, lecturers yang power-power, library yang lengkap dengan ilmu perguruan, etc..
- perlu ada langkah proaktif terutama untuk ketua darjah yang perlu mencatat kehadiran pelatih dan pensyarah kerana pasti ada pensyarah yang tidak dapat hadir kerana urusan rasmi lain...maka, nanti mereka akan tanya berapa banyak kelas termiss untuk diganti, dan sebagainya..PENTING.
2) Perlu Bersyukur kerana DAPAT KPLI ini
- Kerana dari sejumlah besar orang, anda yang TERPILIH.
- Tahun 2006 lepas, Dari 100,000 orang minta, 60,000 dapat interview, 5000 orang sahaja dapat masuk KPLI
- Pastu, 10,000 orang merayu...berapa je dapat masuk second intake...
- Tapi sedih (sila baca posting aku lalu)....ADA GAK YANG TOLAK!????!)@()@*(@)
- Tahun ini x tahu jumlahnya...tetapi kerana anda dapat, anda telah menafikan peluang orang lain yang benar bersungguh-sungguh nak jadi GURU
- dan seperti tulisan saya sebelum ini, sebelum MINTA KPLI INI, anda PERLU PASTIKAN ANDA BETUL-BETUL BERMINAT dan bukan sekadar pilihan terakhir......
- Tambahan pula, tahun nie....pemohon KPLI SEK. MENENGAH telah dibatalkan.....ANDA PERLU BERSYUKUR DAN BERSUNGGUH SUNGGUH BERUSAHA UNTUK MENCAPAI PELATIH CEMERLANG DAN GURU CEMERLANG!!!!!
3) Anda perlu faham, anda masuk KPLI - Kursus Perguruan Lepasan Ijazah 2007...
- Bukan program, tapi dah kursus
- dan anda akan tandatangan perjanjian dengan MOE..
- dan anda perlu tau, di negara lain, untuk menjadi guru, kita kena bayar...ini KPLi dibayar elaun..bersyukurlah dan berusaha!!!!
- dan ini bermaksud
- anda dah letak sebelah kaki ke sekolah..cuma anda perlu berusaha di maktab/ipg ini...
- anda akan dapat elaun bulanan....bahasa mudah..elaun bagi saya, dikira GAJI anda...
- jadi, seperti mana penjawat awam lain....kalau tak dapat kerja, tanpa MC...dikira PONTENG..dan duit pada hari itu takkan dapat...
- maka, elaun dikira (pada pendapat aku) setiap hari anda datang ke kelas setiap hari pembelajaran, maka, kalau anda PONTENG satu hari tanpa kebenaran dan terlepas, tetapi anda dapat juga ELAUN hari tu...dikuatiri DUIT pada hari itu DIRAGUI HALAL nya...fikir-fikirkan la..moralnya, JANGAN PONTENG SESUKA HATI....
4) Lastly....KPLI vs Program lain....ini kena buka bab baru nie...heeheheheh
tapi dari apa yang aku tau...takda apa..sama sama cari rezeki..bumi Allah ni luas...:)....
Itu saja untuk kali ini..
- Tahniah kerana terpilih untuk masuk Maktab (dinaiktaraf Institut Perguruan Guru pada Mei lepas rasanya)
- Jangan lupa sedia gambar pasport banyak2..:)...lebih dari 10 pun takda..tak rugi nyer...;)
- tahniah kepada Sahabat-sahabat Pelatih KPLI 2006 yang akan MEMULAKAN PERKHIDMATAN 2&3 JAN 2007 ini..SAMA SAMA KITA BERUSAHA...
Wassalam....